ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Perutusan Pengarah

Halaman Sedang Dikemaskini.

Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 logo

PENERANGAN LOGO

LATAR BELAKANG PUTIH

Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.

HATI BERWARNA MERAH

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

TANGAN

Melambangkan keihlasan dan kesediaan untuk membantu.

SENTUHAN DI HATI

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

MOTO – “Kami Sedia Membantu”

Kami           - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia          - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu  - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.


BUDAYA KORPORAT KKM

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.


JANJI KAMI

Kami Sedia Membantu

Kami Komited terhadap keperluan anda

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

Kami melaksanakan apa yang dirancang

Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

Kami berdedikasi terhadap tugas

Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.


KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.


IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
  • Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
  • Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;
  • Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
  • Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

 

Pencapaian Piagam Pelanggan

DEFINISI

 

KRA AREA

Prompt care for patient at emergency services at hospital

DISCIPLINE

Emergency Trauma and Medical Services (EMTS)

NUMBER

1 (a)

INDICATORS

The number of patients allocated by Malaysian Triage Category(MTC)RED who are attended by Emergency Department (ED) STAFF** immediately

STANDARD

100%

NUMERATOR (N)

The number of patients allocated by Malaysian Triage Category (MTC) RED who are attended by Emergency Department (ED) STAFF** immediately

DENOMINATOR (D)

The number of patients allocated by Malaysian Triage Category (MTC) RED

FORMULA

N/D  x 100% (Achievement)

 

NOMONTHND%
1                JANUARY                    511             511                100%       
2 FEBUARY 490 490 100%
3 MARCH 535 535 100%
4 APRIL 563 563 100%
5 MAY 568 568 100%
6 JUNE 554 554 100%
7 JULAI 511 511 100%
8 AUGUST 514 514 100%
9 SEPTEMBER 478 478 100%
10 OCTOBER         510         510 100%
11 NOVEMBER 473 473 100%
12 DISEMBER 496 496 100%
  TOTAL 6203 6203 100%

Teras Piagam

Teras piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Sungai Buloh.

Kemudahan Untuk Pelanggan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada hospital ini tanpa mengira umur , jantina , keturunan , agama atau taraf sosial ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

Taraf Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas tanpa sebarang diskriminasi
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selamat, sempurna dan mengikut keperluan klinikal

Maklumat Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan
  • Setiap pesakit berhak menolak sesuatu perawatan atas tanggungan sendiri.
  • Kerahsiaan maklumat pemeriksaan, siasatan dan perawatan bagi setiap pesakit adalah dijamin.

Pendidikan Kesihatan

  • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Hak Kebenaran

  • Semua pesakit akan diminta kebenaran sebelum sebarang prosidur dilakukan keatasnya ( Dalam hal kecemasan untuk menyelamatkan nyawa, pihak hospital akan menjalankan prosidur-prosidur tertentu dengan pengesahan dua orang pakar dan makluman Pengarah Hospital )
  • Prosidur-prosidur yang bertujuan penyelidikan memerlukan kebenaran bertulis dengan penjelasan terperinci.

Kewajipan Pelanggan

Untuk membolehkan Hospital Sungai Buloh melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab
  • Memahami dan menghormati hak pemberi perkhidmatan dan pelanggan lain
  • Memberi maklumat yang lengkap dan tepat yang diperlukan dalam mendapatkan perkhidmatan.

Strategi

Kepemimpinan Berkesan

Mengamalkan kepemimpinan yang dinamik, fleksibel, dan terbuka serta pengurusan sumber manusia yang penyayang

Integrasi Nilai-Nilai

Mengintegrasikan dan membudayakan nilai-nilai perkhidmatan awam, budaya korporat dan kemahiran insaniah ( soft skills ) dalam aktiviti harian

Konsistensi

Mengwujudkan cara kerja yang konsisten berdasarkan prosedur yang didokumentasikan serta melakukan kajian semula (pengawasan dan penilaian ) yang berterusan.

Perancangan Dan Teknologi Bersesuaian

Mengutamakan inovasi , penyelidikan dan kajian, di dalam perancangan program.

Komunikasi Berkesan

Mengutamakan penyebaran maklumat yang berkesan melalui kemahiran berkomunikasi dalam dan di luar organisasi

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan diberikan rawatan, penjagaan dan pemulihan (rehabilitasi) yang berkualiti di hospital ini.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa sifat-sifat kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakitnya dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakhluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosidur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

Objektif

 

  • Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam bidang kesihatan dan perubatan melalui penyampaian perkhidmatan yang selamat dan memenuhi keperluan pelanggan di negara dan di rantau ini.
  • Memberi layanan dan hospitaliti yang terbaik kepada pelanggan hospital melalui pengwujudan dan persekitaran yang selesa dan selamat.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan secara berterusan melalui penerapan budaya korporat dan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa bertugas.
  • Menyediakan pelbagai kemudahan dan perubatan yang sesuai dengan keperluan kesihatan komuniti selaras dengan kecanggihan teknologi semasa.
  • Mengoptimumkan perkhidmatan melalui hubungan seramai yang erat dengan komuniti dan agensi yang berkaitan.
  • Mempertingkat prestasi dan keilmuan kakitangan melalui pendidikan berterusan dan latihan yang komprehensif selari dengan kemajuan teknologi semasa dalam menjalankan tugas.
  • Memastikan segala urusan / aktiviti hospital dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini , cekap dan kos efektif.
  • Menyediakan latihan dalam sub-bidang tertentu di negara ini

Visi dan Misi

Visi

Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi bersesuaian oleh kakitangan yang prihatin, penyayang, komited dan profesional

Misi

Kami komited untuk :

  • Menyampaikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang holistik dengan menyediakan kemudahan prasarana terbaik, serta menjalinkan hubungan seramai dengan agensi berkaitan
  • Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan perawatan penyakit berjangkit, trauma, bedah neuro serta penjagaan perubatan menyeluruh dengan penekanan kepada perkhidmatan rawatan harian
  • Bekerja sebagai satu pasukan dalam perkongsian dengan komuniti untuk menggalakkan kesejahteraan kesihatan bersama
  • Mengwujudkan budaya kerja di mana semua pelanggan dihargai dan dihormati
  • Menyediakan satu suasana persekitaran yang selesa di semua peringkat untuk pembangunan profesional dan penyelidikan yang berterusan
  • Menggunakan teknologi maklumat dalam semua penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan dengan penuh efisien dan mesra pelanggan

Hospital Sungai Buloh terletak kira-kira 25km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor. Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baru ini (seluas 130 ekar) telah dimulakan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak disekitar kawasan ini dan juga untuk mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital Kuala Lumpur.

Hospital baru ini mempunyai 620 katil, dan akan memberi pelbagai perkhidmatan perubatan secara perkhidmatan secondari dan perkhidmatan tertiari.

Hospital Sungai Buloh telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan ('centre of excellence') bagi;

  • Penyakit Berjangkit
  • Kecemasan dan Trauma
  • Pembedahan Neuro
  • Pembedahan Maxillo-Fasial
  • Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran
  • Ortopedik dan Traumatologi

Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor di mana populasi di ketiga-tiga kawasan ini merangkumi 40% daripada jumlah keseluruhan populasi di Negeri Selangor iaitu lebih kurang 2.18 juta penduduk. 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3329423
Pengunjung Hari Ini: 419
Jumlah Pengunjung: 3,329,423
Image