ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Waktu Operasi

WAKTU OPERASI

  • Klinik Sentral (Khas untuk bekas pesakit kusta)

Hari

Masa

Setiap Selasa dan Khamis

8.00 pagi – 10.30 pagi (waktu rawatan)

Isnin hingga Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang (dressing)

 

  • Klinik Pakar Perubatan 2

Hari

Masa

Setiap Isnin dan Khamis

7.30 pagi – 4.30 pagi (waktu rawatan)

Jumaat

7.30 pagi – 4.30 petang (pesakit TB)

 

  • Kaunter Hasil

Hari

Masa

Setiap Isnin dan Khamis

7.30 pagi – 4.30 petang

1.00 petang – 2.00 petang (Rehat)

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi – 4.30 petang

12.15 petang – 2.45 petang (rehat)

 

  • Kaunter Farmasi PKKN

Hari

Masa

Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi – 5.00 petang

Perkhidmatan Yang Disediakan

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Pentadbiran
  • Penyeliaan PKKN
  • Klinik Pesakit Luar kepada bekas pesakit kusta (Klinik Sentral)
  • Perkhidmatan kepada bekas pesakit kusta di Chalet
  • Perkhidmatan kepada bekas pesakit kusta dalaman – Wad bekas pesakit kusta lelaki dan perempuan (Communal Home)
  • Memberi latihan, penerangan dan pendedahan kepada pelajar perubatan, paramedic dan lain-lain tentang penyakit kusta
  • Menguruskan penyata pembayaran elaun bekas pesakit kusta
  • Memberi maklumat penyelidikan berkaitan pesakit dan penyakit kusta
  • Menerima kunjungan dan lawatan-lawatan untuk bekas pesakit kusta

WAD-WAD LAMA DI BAHAGIAN SAYAP BARAT (WEST SECTION)

  1. Unit Kecemasan PKKN telah bertukar menjadi Gimnasium Unit Rehabilitasi
  2. Unit Farmasi telah diberi nafas baru dengan penambahbaikan dan menampilkan imej yang lebih moden
  3. Wad – wad lama seperti wad 30 dan 31 telah bertukar menjadi wad psikiatri lelaki dan perempuan. Wad 51,52,53,54, 55 dan 57 telah menjadi wad tambahan untuk Jabatan Perubatan.
  4. Klinik pesakit luar berhadapan dengan Unit Kecemasan telah diubah menjadi Klinik Rehabilitasi dan Klinik Pakar Perubatan 2.
  5. Unit-unit baru juga telah diwujudkan berhampiran Unit Farmasi PKKN iaitu Unit Radiologi, Unit Berkhatan dan Pusat Sumber Diabetes.

Objektif

OBJEKTIF

Untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat setempat melalui perkhidmatan kesihatan,pengendalian pencegahan perawatan dan pemulihan dengan member penekanan golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan mereka akan memenuhi kehendak pembangunan ekonomi mencapai tujuan ini. Perhatian adalah diberikan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Misi

MISI

Kami di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh mempunyai matlamat 3 serangkai:

  • Kepada Perkhidmatan

Kami akan sentiasa memelihara nama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta mematuhi dan melaksanakan dasar peraturan sepanjang masa

  • Kepada Pengguna/Rakyat

Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, tepat bagi berbudi bahasa dan penuh prihatin

  • Kepada Anggota

Kami akan menyediakan persekitaran tempat kerja yang positif yang akhirnya memberikan kepuasan dan kemajuan kerjaya.

Perkhidmatan

PERKHIDMATAN

PKKN Terbahagi kepada :-

  • Unit Pentadbiran Am
  • Wad Kusta Lelaki
  • Wad Kusta perempuan
  • Klinik Sentral
  • Unit Dietetik dan Sajian
  • Unit Pengangkutan
  • Unit Khidmat Pelanggan

Bahagian Perolehan & Aset

Pengenalan Unit Perolehan

Unit Perolehan adalah sebuah unit di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini diterajui oleh Pengarah Hospital dan diketuai oleh seorang Penolong Pengarah (Pengurusan) dan Penolong Pegawai Tadbir. Unit ini juga dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Kanan dan 3 orang Pembantu Tadbir. Lokasi unit ini terletak di Aras 2, Hospital Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 

Unit Perolehan menguruskan pendaftaran pembekal untuk Hospital Sungai Buloh. Disamping itu, unit ini memproses pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan pesanan tempatan. Selain itu, unit ini menguruskan sewaan ruang premis, penyewaan mesin pejabat dan penghantaran gas LPG di hospital ini.

Misi

Memberi mutu perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan cekap kepada pelanggan mengikut dasar, prinsip dan objektif perolehan kerajaan yang ditetapkan serta membantu mencapai misi Hospital Sungai Buloh.

Visi

Menjadikan Unit Perolehan Hospital Sungai Buloh sebagai pusat pembelian bekalan dan perkhidmatan bagi aktiviti yang dijalankan dengan memelihara Integriti dan Akauntabiliti dalam perkhidmatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Merekodkan pendaftaran pembekal
  • Menguruskan pembelian terus dan sebutharga bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
  • Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan bagi sistem e-spkb dan e-perolehan
  • Menguruskan sewaan premis hospital
  • Menguruskan sewaan mesin pejabat

Pengenalan Unit Pengurusan Aset

Unit Pengurusan Aset adalah sebuah unit di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit Pengurusan Aset melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan secara menyeluruh di peringkat hospital yang merangkumi aktiviti pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan, peminjaman, pemindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset.

Misi

Menyedia perkhidmatan pengurusan aset yang berkualiti, ekonomi, efisien dan cekap bagi membentuk struktur pengurusan yang teratur serta kemaskini ke arah merealisasikan misi hospital.

Visi

Menjadikan Unit Pengurusan Aset sebagai pusat pengurusan aset yang sistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan dasar pengurusan aset kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menguruskan pendaftaran aset yang diterima dengan merekod penerimaan aset dan membuat pelabelan.
  • Mengendalikan pemeriksaan aset sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi setiap aset yang didaftarkan.
  • Merekod, menyelia dan memantau penyelenggaraan aset yang dibuat oleh pihak konsesi.
  • Menguruskan aktiviti pemindahan dan peminjaman aset di dalam hospital ataupun ke hospital lain.
  • Menerima permohonan pelupusan dan menjalankan proses pelupusan aset.
  • Melaporkan kehilangan aset dan melakukan tindakan hapus kira aset.
  • Menguruskan permohonan kelulusan bagi penerimaan hadiah.

Direktori

Talian Utama :  03-61454333

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Encik Muhammad Izzwa Shahril Bin Idris Ketua Bahagian Perolehan & Aset 4227 shahril.idris[at]moh.gov.my
2 Puan Masyitah Aminah Binti Muktar Penolong Pegawai Tadbir (Perolehan) 4224 masyitahaminah[at]moh.gov.my
3 Encik Muhammad Zulkarnain Bin Romzi Penolong Pegawai Tadbir (Aset) 4224

zulkarnain.romzi[at]moh.gov.my

4 Puan Norlida Binti Muhamad Sauji Penolong Akauntan (Pembelian Terus/Kontrak) 4226 norlida_ms[at]moh.gov.my

Bahagian Sumber Manusia

Pengenalan

Bahagian Sumber Manusia dianggotai oleh Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir Tinggi, Pembantu Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir N19/N22 dan Pembantu Operasi.

Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit iaitu :-

  • Unit Perjawatan dan Perkhidmatan
  • Unit Latihan
  • Unit Keutuhan Dan Prestasi

Misi

Bahagian Sumber Manusia akan menyediakan perkhidmatan dan keperluan Sumber Manusia yang berkualiti dengan:- 

  • Responsif kepada semua keperluan Sumber Manusia di HSgB.
  • Prihatin kepada masalah yang dihadapi pekerja.
  • Memberi khidmat nasihat dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian dan kerjaya anggota
  • Melaksanakan Sistem Pengurusan HSgB dengan sempurna berdasarkan pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. 

Objektif

Mengawal dan menguruskan segala hal-hal pengurusan perjawatan dan perkhidmatan personel semua pegawai dan kakitangan serta melaksanakan arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling  kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membolehkan sistem pentadbiran Hospital Sungai Buloh berjalan dengan teratur dan lancar.

Fungsi

Melaksanakan urusan :

  • Perkhidmatan anggota bermula dari penempatan anggota hingga persaraan anggota
  • Perjawatan dan permohonan ABM Perjawatan
  • Menyelaras HRMIS
  • Menguruskan Laporan Nilaian Prestasi anggota
  • Mengendalikan kes tatatertib anggota
  • Mengendalikan urusan Isytihar Harta
  • Mengendalikan urusan latihan anggota
  • Menyelaras urusan latihan dan aktiviti pembangunan modal insan di HSgB
  • Mengendalikan urusan lawatan Keluar Negara
  • Mengendalikan urusan tanggung kerja
  • Mengendalikan urusan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Direktori

Talian Utama :  03-61454333

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Puan Akhiriatul Hafliza Binti Md. Akhir Ketua Bahagian Sumber Manusia 4299 a.hafliza[at]moh.gov.my
2 Puan Nora Akmar Binti Ishak Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Unit Perkhidmatan & Perjawatan) 2974 nora_akmar[at]moh.gov.my
3 Puan Noriana Haryati Binti Ahmad Pakri Pembantu Tadbir Kanan (Unit Latihan) 7039 norianaharyati[at]moh.gov.my

Bahagian Teknologi Maklumat

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat, Hospital Sungai Buloh telah diwujudkan di bawah Jabatan Pengurusan Hospital pada tahun 2005 khusus untuk membantu pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem dan program ICT dari masa ke semasa. Memandangkan Hospital Sungai Buloh dirancang untuk menggunakan sistem ICT sepenuhnya, Bahagian Teknologi Maklumat telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau perlaksanaan projek Total Hospital Information System (THIS).

Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor IT yang telah dilantik. THIS telah mula digunapakai sejak Disember tahun 2007, yang mana ia merangkumi sistem Patient Management System (PMS), Clinical Acess (CA), Billing, Laboratory Information System (LIS), Mortuary, Operation Theatre Management System (OTMS), Pharmacy Information System (PHIS) dan Radiology Information System (RIS). Sistem ini diperkenalkan untuk memberikan satu sistem pangkalan data dan penyampaian yang lebih berkesan dengan kos yang efektif.

Objektif

  • Memastikan perlaksanaan THIS berjalan lancar demi mengoptimakan mutu perkhidmatan kakitangan Hospital Sungai Buloh kepada masyarakat.

  • Memastikan integriti maklumat pesakit khususnya dan maklumat pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh amnya terjamin

  • Memastikan setiap kakitangan Hospital Sungai Buloh celik IT dan berkeupayaan mengoptimakan kemudahan ICT yang dibekalkan dalam mengendalikan tugas seharian.

  • Memastikan kecanggihan teknologi tidak mengambil alih sepenuhnya komunikasi dua hala dan keutuhan hubungan antara dua pihak pengurusan dan kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Misi Jabatan

Merancang , membangun , menyedia , menambah nilai dan menyelenggara prasarana dan aplikasi ICT serta membudayakan ICT dengan mewujudkan persekitaran maklumat kesihatan yang berkualiti, berintergriti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan cekap dan efisyen mengunakan teknologi terkini.

Visi Jabatan

Berazam dan Beriltizam menjadikan ICT sebagai pemangkin dalam menyalurkan maklumat perawatan kesihatan pesakit yang berintergriti dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan, pengawasan, perkhidmatan dan program hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Perkhidmatan

  • Mengurus, menyelenggara dan menyelaras perkhidmatan ICT di hospital.

  • Mengurus, menyelenggara dan menyelaras Perkhidmatan Sokongan Operasi Hospital Information System (HIS).

  • Merancang, membangun dan menyelenggara aplikasi dalaman dan aplikasi kerajaan.

  • Mengurus dan menyelenggara Laman Web Rasmi Hospital Sungai Buloh.

  • Menjaga keselamatan ICT di hospital.

  • Meningkatkan tahap kesedaran dan pendidikan staf dalam amalan ICT melalui latihan dan audit secara berterusan.

  • Membuat hebahan program / aktiviti hospital melalui pelbagai media.

  • Memberi khidmat nasihat / bantuan ICT kepada semua warga hospital.

Waktu Operasi

Hari
Waktu
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5:00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

Direktori

Perkhidmatan Helpdesk :  24 jam
No. Telefon Helpdesk :  03-61454333   samb : 4351 / 4352

 

 
No
Nama
Jawatan
Email
1 Encik Maruthamuthu Sankar A/L Angappan Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (F10) msankar[at]moh.gov.my
2 Puan Norhayati Binti Ahmad Alwi PTM F9 yati.alwi[at]moh.gov.my
3 Encik Mohd Alif Haikal Bin Masngun PTM F9 alif.haikal[at]moh.gov.my
4 Encik Muhammad Aiman Bin Abd Ghani PTM F9  aiman.ghani[at]moh.gov.my
5 Encik Saiful Anuar Bin Bakhtiar PPTM FA7 saifulanuar[at]moh.gov.my
6 Encik Hasni Bin Ahmad Mansor PPTM FA7 KUP hasma[at]moh.gov.my
7 Puan Hazura Binti Abdul Karim PPTM FA7 KUP hazura.karim[at]moh.gov.my
8 Puan Norhaslindawati Binti Karim  PPTM FA6 lindakarim[at]moh.gov.my
9 Puan Maniammai A/P Subramaniam PPTM FA5 maniammai[at]moh.gov.my
10 Encik Muhamad Faizal Ab Kadir PPTM FA5 faizal_kadir[at]moh.gov.my
11 Puan Asmah Binti Ramli PT N1  asm[at]moh.gov.my

Bahagian Psikologi & Kaunseling

Pengenalan

Perkhidmatan psikologi kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh pegawai psikologi (kaunseling) professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien secara holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling. Perkhidmatan yang diberikan adalah melalui pendekatan berteraskan ilmu dan kemahiran psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi bagi mencapai tahap kefungsian yang optimum kepada individu serta kelompok masyarakat.

Misi

  • Responsif dan prihatin kepada pelanggan.
  • Dilaksanakan oleh pegawai psikologi Kementerian Kesihatan yang terlatih dan profesional.
  • Memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif, berkualiti, cekap dan client focused dalam perawatan pesakit di samping membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi setiap individu.

Objektif Bahagian

Berlandaskan kepada model psiko-sosial, objektif perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah untuk membantu individu, keluarga seterusnya masyarakat dalam usaha meningkatkan pemahaman kendiri dan persekitaran bagi menangani isu dan cabaran melalui kaedah pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan perkembangan potensi. Oleh itu objektif Bahagian Psikologi Kaunseling adalah:

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga kerja akan kepentingan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan keterampilan profesion Pegawai Psikologi sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Skop perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris, dan individu signifikan kepada pesakit serta warga kerja Hospital Sungai Buloh. Rujukan untuk perkhidmatan psikologi kaunseling diterima daripada pelbagai jabatan/ bahagian/ unit, wad, dan klinik. Komponen perkhidmatan Bahagian Psikologi Kaunseling, Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh adalah berdasarkan kepada empat (4) Aplikasi Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di Kementerian Kesihatan Malaysia:

  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Intervensi - Memberi perkhidmatan psikologi kaunseling kepada pesakit / waris dan kakitangan hospital agar dapat mencapai kefungsian yang optimum.
  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Pembangunan & Perkembangan Personel - Pelaksanaan program pembangunan personel bagi mewujudkan pengupayaan kendiri yang positif di kalangan anggota dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pada tahap yang optimum.
  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Penilaian Personel - Menjalankan pentadbiran dan pentaksiran inventori psikologi yang bersesuaian kepada klien dalam intervensi yang dilaksanakan oleh pegawai psikologi bagi mencapai kualiti penyampaian perkhidmatan psikologi kaunseling yang baik.
  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Penyelidikan - Melaksanakan kaji selidik atau kajian bagi melihat sesuatu perkara dari sudut psikologi kaunseling bagi mendapatkan input yang berguna seiring dengan perkembangan penyampaian perkhidmatan psikologi kaunseling.

Direktori

Talian Utama :  03-61454333

No
Nama
Jawatan
Samb
E-mail
1 Encik Mohammad Ashraf Bin Mat Saari

Ketua Bahagian Psikologi & Kaunseling

4290 ashrafsaari[at]moh.gov.my
2 Puan Siti Asroh Binti Mohamad Pegawai Psikologi S9 4290 sitiasroh[at]moh.gov.my
3 Puan Amni Salma Binti Abu Osman Pegawai Psikologi S9 4290 amnisalma[at]moh.gov.my

 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3340626
Pengunjung Hari Ini: 198
Jumlah Pengunjung: 3,340,626
Image