logo ms new

Soalan Lazim - Unit Kejururawatan

 

UNIT KEJURURAWATAN

 

1) Di mana saya perlu melapor diri?

Di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, bilik berpandukan pada surat panggilan yang anda terima. Sila rujuk portal JKNS untuk dapatkan maklumat jururawat lapor diri di ruangan Mutakhir.

 

2) Pukul berapa saya perlu lapor diri?

Anda perlu berada di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebelum jam 8 pagi (waktu bekerja 8am-5pm).

 

3) Berapa lama saya akan berada di Jabatan Kesihatan Negeri sebelum lapor diri ke tempat yang diarahkan?

Anda akan berada di JKNS lebih kurang 3 hingga 4 jam kerana pihak kami akan memberi sedikit taklimat berkaitan dengan kejururawatan, peraturan sebagai kakitangan awam dan sesi soal jawab. Pihak kami menasihatkan pihak keluarga yang mengiringi anda tidak berada di tempat anda melaporkan diri bagi mengelakkan kesesakan.

 

4) Adakah uniform dibekalkan untuk saya yang baru ketika melaporkan diri?

Anda tidak dibekalkan uniform tetapi anda perlu menempah sendiri uniform tersebut dan anda perlu datang melapor diri dengan uniform sepenuhnya iaitu beruniform jururawat, bertudung atau cap, tag nama dan lencana jururawat, perlu kelihatan kemas dan segak. Kain uniform akan diberikan kepada anda setelah bertugas di tempat yang telah diarahkan.

 

5) Adakah saya akan diberikan tempat tinggal jika saya bertugas jauh dari tempat tinggal saya?

Anda akan diberikan asrama jika hospital atau klinik tersebut ada menyediakannya. Anda perlu berikhtiar di mana anda akan ditempatkan dan sila dapatkan maklumat mengenai tempat tinggal bagi memudahkan anda mencari tempat tinggal apabila mula bertugas kelak.

 

6) Adakah saya boleh memohon di mana saya hendak bertugas?

Itu bergantung kepada kekosongan dan keperluan jururawat di tempat yang dipohon.

 

7) Adakah saya boleh melaporkan diri hari lain selain tarikh yang tercatat dalam borang panggilan melaporkan diri?

Anda boleh memaklumkan kami jika lewat melaporkan diri dengan sebab yang munasabah.

 

8) Jika saya cuti bersalin atau menghadiri kursus post basic, bolehkah saya diwakili oleh suami atau waris?

Bagi cuti bersalin, anda boleh diwakili oleh suami. Jika anda sedang menghadiri kursus post basic, anda perlu hadir sendiri bagi sesi melapor diri atau memaklumkan kami sebab tidak dapat hadir.

 

9) Bagaimana jika saya menolak jawatan yang ditawarkan?

Jika anda menolak jawatan tersebut, anda tidak perlu melapor diri dan anda perlu memaklumkan kepada pihak kami. Sekiranya anda telah bertugas dan hendak berhenti serta merta (24jam) anda perlu memberi notis perletakan jawatan bersama bayaran sebulan gaji.

 

 

Disediakan oleh: Bahagian Kejururawatan JKNS

Soalan Lazim Terkini sehingga Januari 2014

  • Tarikh Kemas kini: 23 Januari 2025.

Jumlah Pengunjung:

14880503

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA