Klinik kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyediakan perkhidmatan seperti:-
- Kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak
- Perancang keluarga
- Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok
- Pendidikan pemakanan dan kesihatan
- Kesihatan warga tua
- Kesihatan mental
- Kesihatan remaja