Objektif Klinik Komuniti
Menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.
Skop Perkhidmatan
- Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain
- Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma
- Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
- Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi
- Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan
- Perkhidmatan program saringan HIV di Klinik Komuniti tertentu sahaja
Senarai Klinik Komuniti yang menyediakan Program Saringan HIV:
| Bil | Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) | Klinik Komuniti |
| 1 | PKD Petaling | Kelana Jaya |
| 2 | PKD Gombak | Gombak |
| 3 | PKD Kuala Selangor | Puncak Alam |
| 4 | PKD Hulu Selangor | Antara Gapi |
| 5 | PKD Hulu Langat | Taman Impian Ehsan |
| 6 | PKD Sabak Bernam | Padu Permai |
| 7 | PKD Sepang | Sungai Merab |
| 8 | PKD Kuala Langat | Bandar Banting |
| 9 | PKD Klang | Kampung Delek |

