Pemakanan
Garispanduan ini adalah sebagai panduan kepada pengusaha-pengusaha makanan yang beroperasi didalam premis, majlis rasmi, kursus/ latihan yang berlangsung di HTAR dan panduan untuk warga HTAR sebagai langkah pencegahan, mengelakkan perkara yang berisiko untuk pencemaran makanan serta menjaga imej HTAR sebagai failiti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Garispanduan ini secara khusus menerangkan keperluan-keperluan dan tanggungjawab-tanggujawab pengusaha dan pengendali makanan selari dengan modul kursus pengendali makanan yang diwajibkan keatas setiap pengendali makanan HTAR. Garispanduan ini juga menggalakkan amalan-amalan pemakanan selamat dan sihat bagi mengurangkan risiko-risiko penyakit dikalangan warga HTAR samada penyakit berjangkit atau tidak berjangkit