PENGURUSAN KEMASUKAN PESAKIT KE WAD
- TerimaBorang KemasukanWad daripada pesakit/pembawa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma (A&E), Klinik Pakar dan lain-lain.
- Semak dan pastikan Borang Kemasukan Wad lengkap dengan maklumat:
- Disiplin pesakit
- Tarikh kemasukan adalah tarikh semasa
- Ditandatangani oleh pegawai perubatan
Jika lengkap, minta dan semak maklumat pesakit seperti:
- Pengenalan diri pesakit (Kad Pengenalan / Passport / Kad UNHCR / Surat Beranak)
- Surat jaminan kerajaan/swasta / kad pesara / surat sekolah / kad kebajikan masyarakat dan lain-lain
- Surat nikah yang sah bagi menentukan status Warganegara atau bukan Warganegara
3. Buka Fail Masuk Wad untuk setiap pesakit dan borang berikut hendaklah dikandungkan bersama:
- Borang Kemasukan Wad
- Kepingan Caj Hospital
- Laporan Diagnosis - 2 keping
- Pas kebenaran menjaga anak berumur 12 tahun ke bawah - 2 keping
- Daftarkan maklumat pesakit dalam komputer.
- Sahkan diagnosis/disiplin untuk penempatan wad.
- Semak kelayakan wad sekiranya ada surat jaminan kerajaan/swasta / kad pesara / surat sekolah / kad kebajikan masyarakat dan lain-lain.
- Terima bayaran deposit hospital bagi kelas 3.
- Sediakan Label (sticker) sebanyak 12 keping.
- Serahkan Fail Masuk Wad kepada pesakit/pembawadan minta pesakit masuk ke wad yang ditetapkan.