PENGURUSAN KEMASUKAN PESAKIT KE WAD

 
  1. TerimaBorang KemasukanWad daripada pesakit/pembawa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma (A&E), Klinik Pakar dan lain-lain.
  1. Semak dan pastikan Borang Kemasukan Wad lengkap dengan maklumat:
  • Disiplin pesakit
  • Tarikh kemasukan adalah tarikh semasa
  • Ditandatangani oleh pegawai perubatan
        Jika lengkap, minta dan semak maklumat pesakit seperti:
  1. Pengenalan diri pesakit (Kad Pengenalan / Passport / Kad UNHCR / Surat Beranak)
  2. Surat jaminan kerajaan/swasta / kad pesara / surat sekolah / kad kebajikan masyarakat dan lain-lain
  3. Surat nikah yang sah bagi menentukan status Warganegara atau bukan Warganegara 
    3. Buka Fail Masuk Wad untuk setiap pesakit dan borang berikut hendaklah dikandungkan bersama:
  • Borang Kemasukan Wad
  • Kepingan Caj Hospital
  • Laporan Diagnosis - 2 keping
  • Pas kebenaran menjaga anak berumur 12 tahun ke bawah - 2 keping 
  1. Daftarkan maklumat pesakit dalam komputer. 
  1. Sahkan diagnosis/disiplin untuk penempatan wad. 
  1. Semak kelayakan wad sekiranya ada surat jaminan kerajaan/swasta / kad pesara / surat sekolah / kad kebajikan masyarakat dan lain-lain.
  1. Terima bayaran deposit hospital bagi kelas 3.
  1. Sediakan Label (sticker) sebanyak 12 keping. 
  1. Serahkan Fail Masuk Wad kepada pesakit/pembawadan minta pesakit masuk ke wad yang ditetapkan.