UNIT REHABILITASI
Pengenalan
- Perkhidmatan Unit Rehablitasi bermula pada tahun 2005 dan pada ketika itu hanya terdapat perkhidmatan Fisioterapi yang dikendalikan oleh En Nurul Hazri Bin Bassir dan di bantu oleh 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Pada masa ini, Unit Rehabilitasi telah dikembangkan kepada dua Unit iaitu Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja.
UNIT FISIOTERAPI
Perkhidmatan Fisioterapi di Malaysia memberikan khidmat klinikal berdasarkan skop perkhidmatan promotive, preventif, kuratif, prahabilitasi, habilitasi, rehabilitasi dan paliatif untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami masalah fizikal, kognitif, sosial dan kualiti hidup.
Ahli Fisioterapi berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara kuratif, prahibilitasi, rehabilitasi dan paliatif, prosedur yang diguna pakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti
ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promotive dan preventif, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.
UNIT TERAPI CARA KERJA
Pengenalan
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja merupakan satu bidang rawatan pemulihan dan penjagaan kesihatan yang memfokuskan kepada membantu individu, kumpulan atau populasi daripada segenap lapisan umur melibatkan diri dan melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan masa lapang yang terganggu akibat masalah fizikal, psikologikal atau sosial.
Skop Perkhidmatan Unit Terapi Cara Kerja
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja disediakan untuk pesakit luar, pesakit dalam dan komuniti seperti berikut;
- Terapi Cara Kerja di bidang Orthopedik
- Terapi Cara Kerja di bidang Psikiatri dan Kesihatan Mental
- Terapi Cara Kerja di bidang Pediatrik
- Terapi Cara Kerja di bidang Perubatan Am
- Terapi Cara Kerja di bidang Pembedahan Am.
- Terapi Cara Kerja di bidang Gynaekology.


