UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA
Perkhidmatan Perubatan dan Trauma Kecemasan (EMTS) HTAJ
Peranan EMTS HTAJ
Perkhidmatan Perubatan dan Trauma Kecemasan (EMTS) HTAJ dilaksanakan sebagai barisan hadapan hospital dan memberi perkhidmatan perubatan dan perawatan melalui polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Skop EMTS HTAJ secara amnya termasuk rawatan perubatan pra-hospital dan pengurusan berasaskan hospital termaktub di dalam garispanduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Keutamaan fungsi EMTS HTAJ selari dengan fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma Malaysia yang melaksanakan peranan dalam pengurusan:
- Pesakit trauma dan kemalangan
- Pesakit tenat dan memerlukan rawatan perubatan
- Pesakit pediatrik
- Pesakit penyakit berjangkit
- Mangsa kecederaan kimia, biologi atau radiologi
- Orang yang terselamat dari keganasan rumah tangga dan serangan seksual
- Individu yang dibawa untuk rawatan perubatan semasa dalam tahanan
- Perubatan pemerhatian lanjutan
- Perkhidmatan penjagaan, pengangkutan dan rawatan pra-hospital
- Pesakit kesihatan mental


