PENGENALAN UNIT PENGURUSAN
Unit Pengurusan Hospital ini dirangka bagi memastikan pentadbiran hospital berjalan secara sistematik, cekap, dan berkesan dalam menyokong operasi harian hospital. Ia menetapkan garis panduan serta prosedur yang jelas bagi memastikan pengurusan hospital mematuhi peraturan dan piawaian kualiti yang ditetapkan.
Melalui polisi ini, setiap aspek pengurusan seperti pengurusan am, sumber manusia, kewangan, hasil, serta keselamatan hospital diselaraskan dengan lebih tersusun. Ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan bukan sahaja memenuhi keperluan pelanggan, tetapi juga dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelusan, dan kecekapan.
Dokumen ini juga berperanan sebagai panduan rujukan utama dalam usaha penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan mutu pengurusan hospital serta memastikan hospital beroperasi dengan lancar dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
SENARAI UNIT DI BAWAH PENGURUSAN
- Unit Pengurusan Am
- Unit Perkhidmatan / Sumber Manusia
- Unit Kewangan
- Unit Hasil
Aktiviti Unit Pengurusan
- Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan anggota seperti Perlantikan,cuti,kenaikan pangkat,pertukaran, Latihan,kursus,perjawatan dan persaraan.
- Menguruskan hal-hal kewangan hospital termasuk penyediaan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan.
- Menguruskan tuntutan anggota mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
- Memastikan semua hasil kerajaan dipungut dan dimasukkan kedalam kira-kira yang sewajarnya.
- Menguruskan pembayaran bagi perkhidmatan yang diterima.
- Memberi ruang kepada IPT untuk menghantar pelajar menjalani latihan praktikum di Hospital Tengku Ampuan Jemaah.
UNIT PENGURUSAN AM & SUMBER MANUSIA
OBJEKTIF
Berusaha memenuhi kehendak pelanggan dengan mengambil tindakan ke atas semua aduan biasa yang diterima dalam tempoh 2 minggu.
FUNGSI
Pengurusan Am
Mengurus operasi sokongan bukan klinikal seperti pentadbiran, penyelenggaraan fasiliti (pembangunan), keselamatan, stor, logistik, kenderaan dan aset hospital.
Sumber Manusia
Mengurus hal ehwal perjawatan, perkhidmatan, cuti, latihan, penilaian prestasi, elaun, kebajikan dan persaraan staf hospital serta pengurusan aduan.
FUNGSI UNIT KEWANGAN DAN HASIL
UNIT KEWANGAN
Unit Kewangan merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam pengurusan kewangan hasil serta berfungsi di dalam menguruskan belanjawan,waran peruntukan,pesanan kerajaan,pembayaran bil dan tuntutan,pengurusan gaji serta pungutan hasil dan terimaan bukan hasil di hosptal megikut arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
OBJEKTIF
UNIT KEWANGAN Memastikan pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketepatan masa pematuhan peraturan dan penggunaan sumber secara optimum Memastikan urusan penyediaan baucar bayaran diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima Memastikan semua urusan perolehan,gaji,elaun dan tuntutan diproses dengan adil,cekap dan tepat.
PERKHIDMATAN
Menguruskan pembayaran bil kepada pembekal dan tuntutan kakitangan hospital Menguruskan pelbagai tuntutan bayaran balik Mengurus proses gaji,elaun-elaun dan potongan kakitangan Mengurus perolehan bekalan & perkhidmatan item selain ubat dan bukan ubat Mengurus permohonan tuntutan alat pesara dan bantuan perubatan kakitangan
UNIT HASIL
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan kaunter yang berkualiti dan memenuhi Piagam Pelanggan
- Meningkatkan kutipan hasil tahunan hospital,
- Mengurangkan tunggakan,
- Memberi pengecualian bil
- Serta memproses hapus kira bil yang mempunyai tunggakan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Mengutip sumber hasil melalui Akta Fee 1951-Perintah Fee(Perubatan) 1982,deposit dan pelbagai hasil selaras dengan peraturan semasa.
- Menguruskan pendaftaran kemasukan pesakit ke wad serta memastikan bil-bil dikeluarkan dan dijelaskan pada hari yang sama pesakit discaj dari wad.



