KLINIK RAWATAN PAKAR
PENGENALAN
- HTAJ Sabak Bernam merupakan sebuah Hospital yang berkonsepkan sebuah Hospital Nukleus tanpa pakar. Sebuah Hospital yang terletak paling utara di negeri Selangor bersempadan dengan negeri Perak 35km dari Hospital Teluk Intan, 130km dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Sg Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
- Hospital Tengku Ampuan Jemaah mula beroperasi pada tahun 1994 dengan nama asal Hospital Sabak Bernam. Menyedari kepayahan pesakit bagi mendapat rawatan pakar, dengan destinasi yang begitu jauh, bahagian pengurusan Hospital bergabung tenaga dengan Ahli Lembaga Pelawat serta mengambil kira pandangan dan pendapat masyarakat setempat, memohon agar diwujudkan satu klinik rawatan pakar bagi memudahkan masyarakat mendapat rawatan pakar. Usaha tersebut telah dapat direalisasikan dengan terbinanya satu bangunan khas klinik pakar dan mula beroperasi pada tahun 2004 dengan lawatan pakar secara berjadual. Ia meliputi berbagai disiplin dan kehadiran pakar dari berbagai Hospital ( Hospital Teluk Intan,UITM Hospital Sg Buloh,serta UITM Hospital Selayang dan Hospital Tanjung Karang)
FUNGSI DAN OBJEKTIF KLINIK PAKAR
Menyediakan rawatan pakar di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam untuk memberikan kemudahan kepada penduduk dan pesakit khasnya yang tinggal di kawasan sekitarnya.
ANGGOTA
Klinik Pakar diketuai oleh:
- 2 Pegawai Perubatan UD13
- 3 Penolong Pegawai Perubatan U6
- 1 orang Jururawat U7
- 3 orang Jururawat U5
- 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U5
- Pembantu Perawatan Kesihatan U1
LOKASI
Klinik Lawatan Pakar terletak di satu bangunan baru Hospital Tengku Ampuan Jemaah, bersebelahan dengan blok Pejabat Rekod dan berhadapan dengan Jabatan Pesakit Luar.



