Piagam Pelanggan

1. Menjamin saringan klinikal awal pesakit kecemasan dilakukan secara tepat berdasarkan tahap keterukan dengan kadar ketidaktepatan triaging tidak melebihi 0.5% bulanan.


2. Menyediakan laporan perubatan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima dengan sasaran pencapaian minimum 85%.


3. Memastikan lebih 95% preskripsi ubat didispenskan dalam tempoh 30 minit di Farmasi Pesakit Luar.


4. Menyelesaikan setiap aduan pelanggan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) dalam tempoh tidak melebihi 15 hari bekerja.


5. Menyediakan kemudahan dan persekitaran hospital yang bersih, selamat dan selesa secara berterusan melalui pemantauan dan penyelenggaraan berkala.


6. Menyampaikan perkhidmatan Klinik Pakar secara sistematik berdasarkan giliran dan keutamaan klinikal bagi memastikan akses adil kepada golongan keutamaan seperti kanak-kanak, wanita hamil, warga emas, OKU dan pesara.


7. Memberikan maklumat jelas kepada pesakit mengenai pelan rawatan, risiko dan pilihan rawatan yang ada, serta memastikan kerahsiaan dan hak pesakit sentiasa dihormati.


8. Merujuk pesakit kepada hospital atau institusi kesihatan lain yang bersesuaian sekiranya rawatan atau perkhidmatan tidak disediakan di Hospital Kuala Kubu Bharu