Misi, Visi & Objektif

Misi

Hospital Kuala Kubu Bharu komited untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang adil, cekap, selamat dan berkualiti kepada komuniti daerah Hulu Selangor melalui penjagaan menyeluruh, penggunaan teknologi bersesuaian, pengurusan sumber yang berkesan, dan kerjasama dalam rangkaian hospital kluster, sambil menegakkan nilai profesionalisme, integriti dan keprihatinan terhadap pelanggan dan masyarakat.

Visi

Ke arah penyampaian perkhidmatan kesihatan yang cekap, mesra dan berkesan melalui kolaborasi strategik dalam rangkaian hospital kluster, bagi memenuhi keperluan komuniti secara menyeluruh, lestari dan berdaya saing.

Objektif

Sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru Hospital Kuala Kubu Bharu mempunyai objektif-objektif seperti:-

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan, pemulihan dan pencegahan yang cekap, selamat dan menyeluruh untuk menyokong pemulihan awal dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk daerah Hulu Selangor
  • Memastikan akses saksama kepada rawatan perubatan yang selamat dan bersesuaian tanpa mengira bangsa, jantina, budaya, kewarganegaraan atau sumber pembayaran.
  • Memperkukuh kerjasama dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui rangkaian hospital kluster bersama Hospital Selayang sebagai hospital peneraju, bagi memperluas akses kepada kepakaran dan sumber rawatan.
  • Memberikan maklumat yang munasabah kepada pesakit dan waris berkaitan penyiasatan, diagnosis, rawatan, prognosis, penjagaan susulan dan kesinambungan rawatan.
  • Menyediakan latihan berterusan dan berkualiti kepada warga kerja bagi memastikan tenaga kerja profesional yang kompeten, beretika dan responsif.
  • Menyokong pengumpulan, penyelarasan dan penggunaan data perkhidmatan kesihatan kluster untuk penambahbaikan berterusan dan pelaksanaan rawatan perubatan berasaskan bukti.