Pengenalan Hospital
Hospital Kuala Kubu Bharu terletak di bahagian Hulu Selangor yang seluas 1,749 km2 dengan sejumlah penduduk 240 500 dan kepadatan penduduk 138 per km2 mengikut statistik Mylocal stats Selangor Ulu Selangor 2020. Hospital Kuala Kubu Bharu menerima kes-kes rujukan daripada klinik-klinik di sekitarnya dan merujuk kepada Hospital Selayang atau hospital tertiari lain jika kes memerlukan perawatan yang lebih lanjut.
Hospital Kuala Kubu Bharu dibina pada tahun 1936 dan dipindahkan ke lokasi baru selepas pekan Kuala Kubu Bharu musnah akibat bencana banjir. Pada masa itu, Hospital Kuala Kubu Bharu memberikan perkhidmatan kepada tentera British dan pekerja lombong timah sekitar Kuala Kubu Bharu. Pada mulanya, hospital cuma ada 4 wad, bangunan pentadbiran, bahagian pesakit luar dan pakar bedah dalam kawasan sebesar 37 ekar. Kini hospital berkembang kepada 6 wad, Unit Pesakit Luar dengan 4 bilik, dewan bedah minor, klinik diabetes dan hipertensi, klinik warfarin dan klinik pakar dengan kapasiti katil sebanyak 120. Unit Kecemasan dan Trauma juga lebih lengkap dengan khemah saringan COVID-19 dan katil-katil mengikut kategori triage. Perkhidmatan ambulans semakin meningkat untuk kes-kes rujukan dan kes panggilan kecemasan. Dewan latihan dan bilik gerakan juga diwujudkan untuk kemudahan aktiviti dan perkembangan ilmu latihan kepada staf dan orang awam. Unit Hemodialisis juga diperlengkapkan dengan lebih mesin hemodialisis untuk menampung keperluan pesakit dialisis yang kian meningkat.
Sejak 2018, Hospital Kuala Kubu Bharu telah melaksanakan program Hospital Kluster, di mana Hospital Selayang berfungsi sebagai Hospital Lead dan Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Orang Asli Gombak sebagai Hospital Non-Lead. Gabungan ketiga hospital ini dirujuk sebagai Hospital Kluster Zon Selangor Timur (HKZSTi). Perkhidmatan Pakar melawat dari Hospital Selayang semakin aktif bagi menampung keperluan meningkat pesakit di sini. Hospital ini juga menampung pelajar-pelajar dari pelbagai institusi pengajian tempatan untuk pembelajaran yang berterusan.
UNIT UTAMA
Unit Pengurusan
- Pentadbiran dan Perkhidmatan
- Kewangan dan Hasil
- Teknologi Maklumat
- Kejuruteraan Operasi
Unit Forensik
Unit Pesakit Dalam
- Pesakit Dalam
- Kawalan Jangkitan
Unit Rehabilitasi
- Pemulihan Anggota
- Pemulihan Carakerja
Unit Patalogi
- Patalogi
- Transfusi Darah
Unit Pengimejan dan Diagnostik
Unit Kecemasan dan Trauma
- Kecemasan dan Trauma
- Bilik Daftar Masuk
- Bilik Pemandu
Jabatan Pesakit Luar
- Pesakit Luar
- Klinik Pakar
- Klinik Diabetis
Unit Hemodialisis
Unit Farmasi
Unit Rekod Perubatan
Unit CSSU
Unit Sajian
KLINIK PAKAR
Klinik Pakar Perubatan Am
Klinik Pakar Pediatrik
Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Klinik Pakar Psikiatrik
Klinik Pakar Pembedahan Am
Klinik Pakar Otopedik
Klinik Pakar Oftalmologi
Klinik Pakar Perubatan Keluarga