A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Ketua-Ketua Jabatan & Unit

 

Bil  Jabatan  Nama 
 
1 Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi Dr.Mohd Sany bin Hj Shoib
2 Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Dr. Hazelina binti Muhammad
3 Jabatan Dermatologi Dr. Azura Binti Mohd Affandi
4 Jabatan Dietetik dan Sajian Pn Faizah Nor binti Ahmad Mokhtar
5 Jabatan Farmasi Pn. Syahida Binti Che Embi
6 Jabatan Hematologi Dr. Tan Sen Mui
7 Jabatan Kecemasan Dr. Ridzuan bin Dato' Mohd Isa
8 Jabatan Kerja Sosial Perubatan Pn. Norlija binti Kassim
9 Jabatan O&G Dr. Carol Lim Kar Koong
10 Jabatan Oftalmologi Dr. Zalifa Zakiah binti Asnir
11 Jabatan ORL Dr. Shahrul bin Hitam
12 Jabatan Otopedik Dr. Felix Loong Yew Seng
13 Jabatan Patologi Dr Rashidah Binti Mohamed
14 Jabatan Pediatrik Dr Rahimah Ismail
15 Jabatan Pembedahan Am Dr. Mohamed Akbar Bin Mohamed Bahari
16 Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Dr. Khamisah binti Alias
17 Jabatan Pergigian Pediatrik Dr. Roziana binti Abdullah 
18 Jabatan Perubatan Am Dr. Sia Koon Ket
19 Jabatan Radiologi Dr Noorakmal Binti Abdullah
20 Unit Kewangan dan Akaun Pn Munirah Binti Ahmad @ Mohamad
21 Penyelaras Klinik Pakar En. Mohd Nadzri bin Omar
22 Unit Aset dan Alat Tulis En. Faisul Naim bin Alwee
23 Unit Casemix Dr. Yeoh Zi Ning
24 Unit CME Dr. Mohd Shahrin bin Mohd Saleh
25 Unit Fisioterapi Pn. Haishini Mageswaran
26 Unit Forensik Dr. John Ratnaraj A/L John Thomas
27 Unit Full Paying Patient (FPP) kosong
28 Unit Hal Ehwal Islam En. Mohamad Fitri bin Radzali
29 Unit Hasil Pn. Siti Hajar binti Osman
30 Unit Hemodialisis En. Noor Haslan bin Mohd Noor
31 Unit Kesihatan Awam Dr. Nazrul Nizam bin Abidin
32 Unit Kualiti Dr. Jasmin Binti Bujang
33 Unit Kejuruteraan En. Isalfi Jahro
34 Unit Keselamatan En. Mohd Firdhaus bin Hassim
35 Unit Kejururawatan/CSSU Pn. Hamidah binti Midak
36 Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerja Dr. Auji Azhani binti Mohd Zahir
37 Unit Kawalan Infeksi Dr Nur Farhana Binti Ismail
38 Unit Medicolegal Dr. Hazdalila Yais binti Hj Razali
39 Unit Makmal Klinikal Hematologi Dr. Veena Selvaratnam
40 Unit Nefrologi Pn. Norazinizah binti Ahmad Miswan
41 Unit Perolehan Cik Yew Jia MIn
42 Unit Perpustakaan Pn. Ninaliza binti Hamzah
43 Unit Psikologi dan Kaunseling Pn. Athirah binti Mustaffar Kamar
44 Unit Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Dr. Jarome Tan Tsen Chuen
45 Unit Perhubungan Awam Cik. Saw Jia Ying
46 Unit Pendidikan Kesihatan Pn. Chan Siew Chooi
47 Unit PPP/Penyelia Hospital En. Musa Abdul Ghani (Ketua PPP)
48 Unit Pentadbiran Pn Marina Binti Mohd Nasir
49 Unit Rekod Perubatan En. Mohd Zohari Bin Mat Nasir
50 Unit Sumber Manusia (PPK-SM) Pn. Azanee Binti Othman
51 Unit Teknologi Maklumat Pn. Azimah binti Razali
52 Unit Tabung Darah Dr. Rashidah binti Mohamed
53 Unit Terapi Carakerja Pn. Low Sue Jing
54 Unit Woundcare Dr. Mohamad Helmi bin Rashidi

Bahagian Klinikal

imej1

Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) terletak di aras 1 berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Jabatan Forensik. Jabatan ini mula beroperasi pada Mei 2006 dan diterajui oleh Ketua Jabatan VK7 Jusa Gred C iaitu Dr Pushpaghandy a/p Ramanathan. Jabatan ini juga dikendalikan oleh kakitangan yang bertauliah yang terdiri daripada Pakar Radiologi, Pegawai Perubatan Radiologi, Pegawai Sains Fizik, Juru X-ray, Jururawat Terlatih dan PPK. Pada 23 hb. November, 2007, JPD telah mula menggunakan Radiology Information System (RIS) dan Picture Archiving Communication System (PACS).

Merupakan jabatan yang berfungsi untuk mendiagnos patologi dengan menggunakan pelbagai kaedah diagnosis yang menggunakan sumber daripada Sinar-X, gelombang bunyi dan gelombang tenaga magnet. Sinar-X merupakan sumber utama yang digunakan di jabatan ini dalam mendiagnos penyakit. Sinar-X telah ditemui oleh seorang professor fizik berbangsa Jerman iaitu Wilhelm Conrad Rontgen pada tahun 8 hb. November, 1895 yang mendapati Sinar-X mampu menembusi tisu, pakaian dan logam. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada 3 hb. Februari, 1897.

Pesakit Luar

Pengenalan

imej1a

Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di aras satu, berhadapan pintu masuk pagar C menghadap ke sebelah utara bangunan utama Hospital Ampang. Bersebelahannya ialah Dewan Bersalin dan Jabatan Pengimejan.

Selepas kebenaran memasuki Jabatan Kecemasan pada 5 Disember 2005 dan penyerahan kunci jabatan diterima oleh Penyelia Penolong Pegawai Perubatan  Jabatan Kecemasan pada 2 Januari 2006 yang bertindak sebagai Ketua Jabatan, sejak itu sistem pentadbiran dan perlaksanaan mula beroperasi bagi melaksanakan tanggungjawab dengan teratur, cepat dan berkesan untuk mencapai matlamat bagi memulakan perkhidmatan perawatan kecemasan.

Bermula bulan April 2006, jabatan ini telah bersedia menerima kes kecemasan dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 September 2006 di mana pintu masuk utama pagar C dibuka untuk umum.


Perkhidmatan


Jabatan Kecemasan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti Zon Kritikal, Zon Separa Kritikal, Zon Tidak Kritikal, Zon Asma, Pusat Khidmat Bersepadu, Zon Dekontaminasi, Bilik Prosedur, Bilik Pemasangan POP, Klinik Sejahtera, Unit Perkhidmatan Pre-Hospital, Pusat Panggilan Kecemasan serta sebuah Wad Pemerhatian.

imej2Objektif perkhidmatan dan akitiviti-aktiviti utama di Jabatan Kecemasan:

1.    Memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang cepat dan berkesan dengan infrastruktur dan teknologi terkini:

  1. Rawatan Zon Kritikal
  2. Rawatan Zon Separa Kritikal
  3. Rawatan Zon Tidak Kritikal
  4. Rawatan Zon Asma
  5. Rawatan di Bilik Prosedur / POP
  6. Rawatan di Wad Pemerhatian untuk tempoh tidak melebihi 6 jam


2.    Perkhidmatan Pre-Hospital – Hospital Ampang bertindak sebagai ‘primary responder’ untuk semua kes permintaan kecemasan. Semua permohonan perlu melalui Pusat Panggilan Kecemasan ataupun dipanggil “Call Center “.

3.    Menyediakan pasukan yang berwibawa dan berkebolehan tinggi bagi memberi perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan mengikut arahan Pengarah JKNS termasuk Ketua-Ketua Negara dalam upacara rasmi Negara mahupun di negeri Selangor.

4.    Menyediakan pasukan perubatan dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dengan bantuan kemudahan teknologi terkini.

  • Pasukan Mencari dan Menyelamat
  • Pasukan ‘On Scene Medical Base’

5.    Pusat Khidmimej3at Bersepadu ( One Stop Crisis Centre – OSCC ) menyediakan kemudahan untuk semua bentuk keganasan rumahtangga dan seksual selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan budaya penyayang.

6.    Pusat Panggilan Kecemasan ( Call Center ) menyediakan kemudahan bagi menerima dan mengkoordinasi maklumat dalam apa jua situasi kecemasan. Bermula September 2007, Unit Panggilan Kecemasan telah ditubuhkan dan pembinaan sebuah bangunan bagi kegunaan unit ini telah bermula pada Disember 2007.

Jumlah pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan yang diterima sepanjang tahun 2008 adalah seramai 63,236 orang. Peningkatan bilangan pesakit yang datang ke jabatan pada setiap bulan sentiasa meningkat dari bulan ke bulan sepanjang tahun 2008.

Bahagian Sokongan

Pengenalan

Pejabat utama Unit Pentadbiran teletak di Aras 2 Hospital Ampang. Unit Pentadbiran merangkumi beberapa unit kecil yang bekerjasama dalam perancangan, pelaksanaan dan pembangunan serta lain-lain aktiviti bagi kemajuan pencapaian matlamat Hospital Ampang.  Unit tersebut adalah:

  1. Unit Khidmat Pelanggan
  2. Unit Keselamatan
  3. Pejabat Pakar
  4. Pusat Pegawai Atas Panggilan  
  5. Unit Angkut

imej1BS

Skop Perkhidmatan

  1. Menguruskan surat Menyurat keluar masuk dan tindakan selanjutnya
  2. Menguruskan sistem Fail Hospital
  3. Pengurusan Pejabat/ Hospital
  4. Pengurusan Mesyuarat  Dalaman / Luar
  5. Permohonan Pas Keselamatan /Jabatan
  6. Permohonan dan Pengurusan Kenderaan JUSA.
  7. Pengurusan Telefon / Khidmat Pelanggan.
  8. Aduan-Aduan dalaman / luaran
  9. Edaran Pekeliling
  10. Pemantauan lima perkhidmatan sokongan (FEMS, BEMS, CLS, CWMS dan LLS)
  11. Pemantauan dan selenggara bangunan
  12. Cuti / Prestasi Unit
  13. Kursus bukan dalam perkhidmatan    (bengkel dan persidangan)
  14. Kawalan Keselamatan
  15. Mengurus On Call Complex dan  Pejabat Pakar