Panduan Pelawat
Pelawat dilarang merokok di kawasan hospital
Telefon bimbit hendaklah dimatikan apabila memasuki kawasan hospital supaya tidak mengganggu peralatan perubatan.
Pelawat hendaklah menjaga kebersihan hospital
Patuhi sistem lalulintas di dalam kawasan hospital
Pelawat tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan.
Rujukan Pesakit dari Luar & Dokumen Diperlukan
Panduan Bayaran dan Caj
PENGENALAN
Maklumat ini adalah untuk memberi penjelasan kepada pesakit/waris tentang keperluan mereka untuk membayar segala perkhidmatan yang dikenakan oleh Hospital Ampang
1. Bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad di Hospital Ampang
Caj Kemasukan (in-patient) | |
Warganegara |
KELAS 1 Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM1100 • Kes Perubatan – RM700 • Kes Sakit Puan – RM800 Caj Rawatan • Bayaran – RM10/hari Bayaran Katil • bayaran bagi bilik 4 katil – RM40 /hari • bayaran bagi bilik 2 katil – RM60 /hari • bayaran bagi bilik 1 katil – RM80 /hari
KELAS 2 Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM400 • Kes Perubatan – RM400 • Kes Sakit Puan – RM350 Caj Rawatan • Bayaran – RM5/hari Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM30/hari
KELAS 3 Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM30 • Kes Perubatan – RM20 • Kes Sakit Puan – RM15 Caj Rawatan • Bayaran – Percuma Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM3/hari |
Pemegang Kad UNHCR |
Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM600 • Kes Perubatan – RM300 • Kes Sakit Puan – RM600 Caj Rawatan • Bayaran – RM5/hari Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM20/hari |
Bukan Warganegara |
Caj Rawatan • Bayaran – RM10/hari Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM40/hari |
Kakitangan Kerajaan & Pesara Kerajaan |
Percuma (sila bawa bersama Surat Jaminan Majikan (GL)/Kad Pesara) |
Sebarang maklumat lanjut berkaitan bayaran bil, sila rujuk Unit Hasil.
2. Bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Hospital Ampang
Pesakit Luar (Out-Patient)/ Rawatan di Klinik Pakar (Specialist Clinic) |
|
Warganegara |
a. Rujukan Hospital/Klinik Kerajaan Lawatan Pertama – Percuma Setiap Lawatan Susulan – RM5* *termasuk segala siasatan b. Rujukan Pengamal Persendirian Lawatan Pertama – RM30 Setiap Lawatan Susulan – RM5* *tidak termasuk segala siasatan |
Bukan Warganegara |
Rujukan Hospital/Klinik Kerajaan/Pengamal Persendirian (tidak termasuk segala siasatan) Lawatan Pertama & Setiap Lawatan Susulan – RM60 |
Pemegang Kad UNHCR |
Rujukan Hospital/Klinik Kerajaan/Pengamal Persendirian (tidak termasuk segala siasatan) Lawatan Pertama & Setiap Lawatan Susulan – RM30 |
Kakitangan Kerajaan/ Pesara Kerajaan/ Warganegara berumur 60 tahun ke atas |
Percuma (sila bawa bersama Surat Jaminan Majikan (GL)/Kad Pesara/ Kad Pengenalan) |
3. Bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang
Pesakit Luar (Out-Patient)/ Rawatan di Klinik Pakar (Specialist Clinic) |
|
Warganegara |
Bayaran yang dikenakan - RM1.00 /lawatan *termasuk segala siasatan |
Bukan Warganegara |
Bayaran yang dikenakan - RM50.00 /lawatan *tidak termasuk segala siasatan |
Pemegang Kad UNHCR |
Bayaran yang dikenakan - RM25.00 /lawatan *tidak termasuk segala siasatan |
Kakitangan Kerajaan / Pesara Kerajaan / Warganegara berumur 60 tahun ke atas |
PERCUMA Sila bawa bersama :
|
Sebarang maklumat lanjut berkaitan bayaran bil, sila rujuk Unit Hasil.