A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Dasar Privasi Aplikasi

DASAR PRIVASI CHAT

 

PRIVASI

Aplikasi CHAT (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk pesakit (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") di Hospital Ampang bagi memudahkan proses pendaftaran, pengurusan temu janji serta memberi perkhidmatan yang efisien kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan capaian kepada Sistem Maklumat Hospital (HIS). Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

a)   Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke Sistem Maklumat Hospital (HIS).

b)  Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut ;
    i. Nama pengguna
    ii. Nombor kad pengenalan
    iii. Nombor telefon
    iv. E-mel
    v. Nombor MRN (medical record number)

c) Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

d) Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Tarikh kemaskini: 05 Januari 2023