A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

FAQ berkaitan perkhidmatan ICT semasa Covid-19

PERKAKASAN ICT

S1.  Apakah jabatan/unit perlu lakukan sekiranya memerlukan perkakasan tambahan seperti komputer/printer/port network dan lain-lain bagi tujuan pengurusan Covid-19?

J1.  Jabatan/Unit perlu membuat permohonan kepada IT melalui emel atau memo dan IT akan memberikan perkakasan secara pinjaman (loaner) sehingga tempoh penggunaan tamat. Bagi keperluan port network segera pula, pihak IT akan menyediakan switch sementara yang juga diberikan secara pinjaman sepanjang tempoh pengurusan Covid-19.

Mohon pengguna untuk tidak menggunakan switch peribadi tanpa maklumkan kepada pihak IT.

S2.  Adakah boleh sekiranya pengguna (kakitangan hospital) ingin menggunakan perkakasan sendiri tetapi menggunakan rangkaian hospital?

J2.  Ya, boleh dengan mengisi borang BYOD (Bring your Own Device) yang boleh didapati di Public Folder>ITD. Namun kelulusan adalah tertakluk kepada Pengarah Hospital. Mohon Kerjasama untuk tidak membawa switch sendiri bagi tujuan sambungan ke rangkaian hospital.

S3. Bagaimana untuk pengalihan perkakasan ICT di wad untuk tujuan pengubahsuaian kepada wad Covid-19?

J3.  Permohonan pemindahan perkakasan perlu dibuat ke IT melalui emel atau memo dan maklumkan kepada IT sekiranya perlu pemakaian PPE untuk masuk ke lokasi pemindahan.