A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Pesakit Luar

Pengenalan

imej1a

Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di aras satu, berhadapan pintu masuk pagar C menghadap ke sebelah utara bangunan utama Hospital Ampang. Bersebelahannya ialah Dewan Bersalin dan Jabatan Pengimejan.

Selepas kebenaran memasuki Jabatan Kecemasan pada 5 Disember 2005 dan penyerahan kunci jabatan diterima oleh Penyelia Penolong Pegawai Perubatan  Jabatan Kecemasan pada 2 Januari 2006 yang bertindak sebagai Ketua Jabatan, sejak itu sistem pentadbiran dan perlaksanaan mula beroperasi bagi melaksanakan tanggungjawab dengan teratur, cepat dan berkesan untuk mencapai matlamat bagi memulakan perkhidmatan perawatan kecemasan.

Bermula bulan April 2006, jabatan ini telah bersedia menerima kes kecemasan dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 September 2006 di mana pintu masuk utama pagar C dibuka untuk umum.


Perkhidmatan


Jabatan Kecemasan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti Zon Kritikal, Zon Separa Kritikal, Zon Tidak Kritikal, Zon Asma, Pusat Khidmat Bersepadu, Zon Dekontaminasi, Bilik Prosedur, Bilik Pemasangan POP, Klinik Sejahtera, Unit Perkhidmatan Pre-Hospital, Pusat Panggilan Kecemasan serta sebuah Wad Pemerhatian.

imej2Objektif perkhidmatan dan akitiviti-aktiviti utama di Jabatan Kecemasan:

1.    Memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang cepat dan berkesan dengan infrastruktur dan teknologi terkini:

  1. Rawatan Zon Kritikal
  2. Rawatan Zon Separa Kritikal
  3. Rawatan Zon Tidak Kritikal
  4. Rawatan Zon Asma
  5. Rawatan di Bilik Prosedur / POP
  6. Rawatan di Wad Pemerhatian untuk tempoh tidak melebihi 6 jam


2.    Perkhidmatan Pre-Hospital – Hospital Ampang bertindak sebagai ‘primary responder’ untuk semua kes permintaan kecemasan. Semua permohonan perlu melalui Pusat Panggilan Kecemasan ataupun dipanggil “Call Center “.

3.    Menyediakan pasukan yang berwibawa dan berkebolehan tinggi bagi memberi perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan mengikut arahan Pengarah JKNS termasuk Ketua-Ketua Negara dalam upacara rasmi Negara mahupun di negeri Selangor.

4.    Menyediakan pasukan perubatan dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dengan bantuan kemudahan teknologi terkini.

  • Pasukan Mencari dan Menyelamat
  • Pasukan ‘On Scene Medical Base’

5.    Pusat Khidmimej3at Bersepadu ( One Stop Crisis Centre – OSCC ) menyediakan kemudahan untuk semua bentuk keganasan rumahtangga dan seksual selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan budaya penyayang.

6.    Pusat Panggilan Kecemasan ( Call Center ) menyediakan kemudahan bagi menerima dan mengkoordinasi maklumat dalam apa jua situasi kecemasan. Bermula September 2007, Unit Panggilan Kecemasan telah ditubuhkan dan pembinaan sebuah bangunan bagi kegunaan unit ini telah bermula pada Disember 2007.

Jumlah pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan yang diterima sepanjang tahun 2008 adalah seramai 63,236 orang. Peningkatan bilangan pesakit yang datang ke jabatan pada setiap bulan sentiasa meningkat dari bulan ke bulan sepanjang tahun 2008.