DASAR EKSA
“Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat”
OBJEKTIF
1. Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa;
2. Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga PKDG;
3. Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan;
4. Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.
VISI & MISI
VISI
Membudayakan amalan EKSA
MISI
a) Setiap kakitangan hendaklah mengemas tempat kerja masing-masing mengikut amalan EKSA
b) Amalan EKSA dilakukan secara berperingkat dan berterusan di Pejabat dan setiap klinik atau unit
c) Pemantauan dilakukan secara berkala 3 bulan sekali
MOTTO
"Bersih, sistematik dan selamat adalah budaya kita"
Bersih : adalah sinonim dengan kesihatandan bersih juga dikaitkan dengan warna putih.
Sistematik : supaya segala pekerjaan menjadi lebih teratur, terarah dan efisien
Selamat : mewujudkan persekitaranyang selamat dari kecederaan, jangkitan penyakit dan gangguan perasaan
Budaya : supaya budaya menjaga kebersihan,persekitaran yang selamat dan melakukan kerja sengan sistematik menjadi amalan setiap kakitangan PKDG
LOGO
Maksud Logo:
1. EKSA – Ekosistem Kondusif Sektor Awam
2. Tangan berdaun hijau – Amalan hijau menjadi asas amalan harian
3. Pejabat Kesihatan Daerah Gombak berlatar belakang hitam – Profesionalisme
4. Merah – Bertenaga & bersemangat dan mengamalkan EKSA
5. Biru – Bersatu & sepakat dalam menjalankan EKSA
6. Kuning – Sentiasa optimis dalam melaksanakan EKSA
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK EKSA
CARTA PERBATUAN AKTIVITI EKSA 2024
WALLPAPER EKSA PKD GOMBAK
GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN EKSA PKD GOMBAK
Update : 24.09.2024