Pejabat ini bertekad dan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan;
1. Sentiasa memberi layanan dengan sopan dan mesra
2. Menyiasat semua aduan perkhidmatan
3. Mendapatkan maklumbalas pelanggan
4. Berusaha meningkatkan kepuasan pelanggan dengan cara berikut:
- Memastikan setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan dalam masa 5 – 10 minit untuk urusan pembayaran kompaun
- Pengeluaran Sijil Ekspot Makanan dalam masa 5 hari selepas menerima keputusan analisa makma
5. Mengawal kejadian penyakit-penyakit berjangkit dengan memastikan tindakan kawalan ke atas kejadian penyakit berjangkit selepas dinotifikasi di lakukan dalam jangkamasa berikut:
- Keracunan makanan dan taun – Serta Merta
- Malaria – 24 jam
- Demam Denggi – 24 jam
- Tifoid – 24 jam
6. Memastikan kualiti air minum terpelihara dengan melaporkan setiap perlanggaran keputusan contoh air selepas diterima dalam masa 24 jam