PERUTUSAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH GOMBAK

SALAM SEJAHTERA

Saya, Dr Muhammad Haikal Bin Ghazali bagi pihak Pejabat Kesihatan Daerah Gombak ingin merakamkan selamat datang ke Laman Web PKD Gombak. Laman ini disediakan dengan tujuan untuk menjadi sumber dan perkongsian maklumat diantara pejabat ini dengan kakitangan PKD Gombak serta masyarakat terutama Panel-Panel Penasihat , Klinik Kesihatan di dalam daerah Gombak.

Laman Web ini diharap dapat memenuhi kehendak pelangan serta masyarakat terutama dari aspek mendapat maklumbalas perkhidmatan yang disediakan, senarai aktiviti yang telah, sedang atau akan dilancarkan supaya masyarakat dapat mendapat menafaat dengan adanya laman ini. Info dan perkongsian maklumat dapat mempereratkan perhubungan serta penglibatan kakitangan PKD Gombak serta masyarakat di dalam aktiviti yang akan kami lancar.

 Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan diri dan keluarga, laman web ini akan berusaha untuk menyalur situasi dan keadaan berapa perkara penting terutama mengenai status penyakit berjangkit, senarai mesyuarat, kursus serta forum dan kem-kem kesihatan yang akan kami lakukan bersama masyarakat. Info mengenai program promosi kesihatan serta aktiviti COMBI juga akan disalur supaya masyarakat akan dapat melibatkan diri secara aktif dan efektif dalam meningkatkan kesedaran serta kesihatan diri masing-masing.

Dengan ini saya mengharap laman web akan sentiasa aktif dan berkesan dalam menjadi PKD Gombak sebagai saluran maklumat terkini untuk masyarakat dan kakitangan kesihatan.

Sekian terima kasih dan selamat berkomunikasi .

DR MUHAMMAD HAIKAL BIN GHAZALI
PEGAWAI KESIHATAN DAERAH GOMBAK
PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM

LOKASI

PEJABAT KESIHATAN DAERAH GOMBAK
NO 23 & 25, JALAN 2/8,
BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.

TEL : 03 - 6120 7601
EMEL : pkdgombak@moh.gov.my

PENCAPAIAN

PAPARAN TERBAIK

PAPARAN TERBAIK MENGGUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME DENGAN RESOLUSI SKRIN 1280 X 720

KEMAS KINI TERAKHIR : 07 March 2025.