HEADER

KURSUS DENGUE UPDATE PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2026 ANJURAN HOSPITAL SUNGAI BULOH


Tarikh : 11 Mei 2026 (Isnin)

Masa : 8am - 5pm

Tempat : Auditorium, Aras 3, Hospital Sungai Buloh

Harga : Percuma

Peserta : Pengamal Perubatan Kerajaan dan Swasta

PIC : Dr.Tay Kim Heng (010-464 6292) / Pn.Amalina (019-3591263)

Anjuran : Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh.

Klinik Komuniti

Objektif Klinik Komuniti
Menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

Skop Perkhidmatan

  • Menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain
  • Rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetis, darah tinggi dan asma
  • Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
  • Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi
  • Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan
  • Perkhidmatan program saringan HIV di Klinik Komuniti tertentu sahaja

Senarai Klinik Komuniti yang menyediakan Program Saringan HIV:

Bil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)    Klinik Komuniti 
1 PKD Petaling Kelana Jaya
2 PKD Gombak Gombak
3 PKD Kuala Selangor Puncak Alam
4 PKD Hulu Selangor Antara Gapi
5 PKD Hulu Langat Taman Impian Ehsan
6 PKD Sabak Bernam Padu Permai
7 PKD Sepang Sungai Merab
8 PKD Kuala Langat Bandar Banting
9 PKD Klang Kampung Delek

Klinik Desa

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mentadbir pelbagai khidmat kesihatan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya. Antaranya adalah Klinik Desa yang beroperasi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitarnya di sembilan (9) daerah di Negeri Selangor

Panduan Amalan Klinikal (Clinical Practice Guidelines)

Panduan Amalan Klinikal (Clinical Practice Guidelines) merupakan panduan yang dibentuk untuk digunapakai oleh anggota kesihatan
dalam pengendalian satu-satu penyakit berdasarkan bukti saintifik yang terkini.

Namun, buku panduan amalan klinikal yang diterbitkan ini telah diedarkan ke fasiliti kesihatan seluruh negara bagaimanapun cetakannya
adalah terhad. Oleh yang demikian, softcopy boleh diperolehi untuk capaian terus daripada:

          (http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/133)

  • Aplikasi mudah alih MyMaHTAS pada peranti android dan IOS

Sub-kategori

  • Tarikh Kemas kini: 10 Jun 2026.

Jumlah Pengunjung:

15525447

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA