Objektif
OBJEKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Memberi perkhidmatan kesihatan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup rakyat. Perkhidmatan kesihatan yang baik menghasilkan mutu kehidupan yang lebih baik, mengurangkan kerugian waktu bekerja serta meningkatkan kemampuan tenaga rakyat. Rakyat yang sihat akan dapat bekerja dengan cekap, bersih dan amanah.
OBJEKTIF JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
- Menjalankan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mentadbir perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan di peringkat negeri.
- Menguruskan sumber-sumber tenaga manusia dan kewangan secara cekap, berkesan dan ekonomik dalam menjalankan program-program kesihatan yang bermutu tinggi