Soalan Lazim
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut displin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.n.
Bagi semua kes penyakit berjangkit: ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.
Kad Kebajikan MAsyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya/ di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Ya, ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak. Manakali pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.
Syarat kemasukan pesakit ke Hospital Kuala Kubu Bharu adalah berdasarkan rujukan atau surat kebenaran yang diperoleh daripada Klinik Kesihatan, Klinik Pakar atau hospital lain, manakala kes kecemasan boleh diterima terus melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma. Selain itu, pesakit yang hadir sendiri (walk-in) dan setelah dinilai didapati memerlukan rawatan lanjut juga boleh dimasukkan ke hospital mengikut prosedur kemasukan yang ditetapkan. Pesakit perlu mengemukakan dokumen seperti Kad Pengenalan, MyKid atau surat beranak bagi bayi, surat rujukan atau surat jaminan sekiranya berkaitan, serta kad rawatan atau rekod lama jika ada. Bagi kategori pesakit, warganegara Malaysia dikenakan caj mengikut kadar kerajaan, manakala bukan warganegara perlu membuat deposit serta bayaran penuh mengikut kadar Kementerian Kesihatan Malaysia. Kemasukan adalah layak bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut atau pemantauan, rawatan pakar serta intervensi hospital, atau bagi kes kecemasan dan trauma yang menjejaskan nyawa dan fungsi anggota. Proses pendaftaran perlu dilakukan di Kaunter Bersepadu dengan menyerahkan dokumen lengkap serta membuat bayaran jika perlu, sebelum pesakit ditempatkan di wad mengikut diagnosis dan ketersediaan katil.







