Misi

Memberikan perkhidmatan profesional yang efisien dan mesra pelanggan mengikut prosedur kerja yang teratur dan seragam serta arahan pentadbiran yang ditetapkan.

Visi

Ke arah masyarakat Hulu Selangor sihat dengan mengurangkan kadar komplikasi melalui kaedah perawatan terkini.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan kecemasan yang mudah diperoleh, cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan dan kecederaan akibat kemalangan.

Piagam Pelanggan

  • Pesakit yang tenat dan kritikal diberi rawatan serta merta
  • Pesakit separa kritikal diberikan rawatan segera dalam masa ≤ 30 minit
  • Pesakit yang stabil akan menunggu untuk mendapatkan rawatan dalam masa 90 minit
  • Perkhidmatan ambulan panggilan kecemasan akan bergerak dalam masa 5 minit selepas tamat panggilan kecemasan.
  • ST elevation myocardial infarction (STEMI) [without shock] case fatality rate with standard ≤ 10%
  • Non ST elevation myocardial infarction (NSTEMI) case fatality rate with standard ≤ 10%
  • Percentage of inappropriate triaging (UNDER TRIAGING): Category Green patients who have been triaged as Category Red with standard </=0.5%
  • Percentage of paramedics in acute care areas who have a CURRENT trained status in Basic Life Support (BLS) in the corresponding year with standard >/=70%
  • Percentage of hospital vehicles that conformed to the Planned Preventive Maintenance(PPM) schedule with standard >/=80%

Skop dan Fungsi Perkhidmatan

Unit Kecemasan dan Trauma menyediakan perkhidmatan yang berikut;

  • Menerima kes kecemasan dan menyaring semua kes yang diterima
  • Memberikan rawatan mengikut tahap kritikal kes
  • Menyediakan ambulan untuk kes rujukan
  • Menerima kes panggilan kecemasan dan memberikan respon segera
  • Menyediakan pasukan perlindungan perubatan
  • Menyediakan perkhidmatan ortopedik untuk kes trauma
  • Menyediakan perkhidmatan Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC )
  • Memastikan pendaftaran setiap kes adalah lengkap

Waktu Operasi

  • Jabatan Pesakit Luar (OPD) yang sebelum ini beroperasi sehingga jam 10 pm telah ditukar fungsi kepada Green Zon Di bawah Unit Kecemasan & Trauma. Green zone ini beroperasi 24 jam sepertimana di zon merah dan zon kuning. Kes ringan atau tidak kritikal akan dilihat di zon hijau.
  • Jika kes bukan kecemasan @ bukan kritikal disarankan untuk mendapatkan rawatan di klinik - klinik kesihatan berhampiran.