A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Pentadbiran

Hospital Ampang telah mula dibina pada tahun 2004 dengan perbelanjaan  RM404 juta di atas tanah seluas 10 ekar di Pandan Mewah, Ampang, Selangor. Ia siap pada Disember 2005 dan mula beroperasi pada April 2006. Dalam tempoh pembinaan bangunan Hospital Ampang, kakitangan telah ditempatkan di beberapa pejabat sementara iaitu di Wisma PKNS, jalan Raja Laut pada 16 April 2003, Wisma SPK pada 21 April 2003 dan di Wisma Awal, Jalan Raja Muda Abdul Aziz pada Julai 2003. Pada 20 Ogos 2004, pejabat pentadbiran sementara Hospital Ampang telah ditempatkan di Klinik Kesihatan Tanglin, Jalan Cenderasari dan berpindah ke Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan , Jalan Cenderasari yang menempatkan lebih kurang 100 anggota pengurusan dan beberapa jabatan lain.   

Setelah Hospital Ampang dibuka secara rasmi, pejabat Pengurusan ditempatkan di Aras 2 blok utama yang terdiri daripada pejabat Pengarah, Unit Pentadbiran, Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan. Selain itu, terdapat juga pejabat-pejabat di bawah Bahagian Pengurusan yang ditempatkan di lokasi-lokasi lain mengikut fungsi tertentu misalnya Unit Teknologi Maklumat, Unit Aset, Unit Hasil, Unit Angkut, Unit Keselamatan, Unit Perpustakaan, Unit Asrama,  Bilik Khidmat Pelanggan , Stor Alat Tulis, Unit Kejuruteraan Operasi dan Unit Perhubungan Awam. 

Hospital Ampang diterajui oleh seorang Pengarah dengan dibantu oleh empat orang Timbalan iaitu Timbalan Pengarah Perubatan I, II dan III dan Timbalan Pengarah Pengurusan. Bahagian Pengurusan yang dikawalselia oleh Timbalan Pengarah Pengurusan terdiri daripada Unit Pentadbiran, Unit Sumber Manusia, Unit Kewangan dan Akaun, Unit Teknologi Maklumat, Unit Kejuruteraan Operasi dan Unit Perhubungan Awam. Antara perkhidmatan sokongan hospital yang dipantau oleh Bahagian Pengurusan adalah perkhidmatan syarikat konsesi, syarikat penyelenggaraan IT, syarikat kawalan keselamatan dan kafeteria.

Sehingga September 2021, bilangan anggota Bahagian Pengurusan adalah lebih kurang 147 orang. Anggota Bahagian Pengurusan terdiri daripada pelbagai jawatan termasuklah Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Perpustakaan, Pembantu Tadbir, Pegawai Khidmat Pelangan, Pembantu Keselamatan, Penyelia Asrama, Pemandu Kenderaan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan  Pembantu Am Pejabat.

            Hospital Ampang menggunakan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu (Total Hospital Information System) di dalam operasi hospital termasuk aspek klinikal, pengurusan kewangan dan pentadbiran.
 
Pentadbiran