Unit Terapi Carakerja adalah di antara salah satu daripada dua unit di bawah Jabatan Rehabilitasi, Hospital Ampang. Unit ini diketuai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja U41, dan dibantu oleh seorang Jurupulih Perubatan Carakerja U36, Jurupulih Perubatan Carakerja U32 dan 6 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 serta 2 Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Unit ini adalah diantara unit yang terawal memulakan perkhidmatan di Hospital Ampang. Aktiviti rawatan Terapi Carakerja telah dimulakan pada 7 April 2006 untuk pesakit luar. Rawatan Terapi Carakerja untuk pesakit dalam pula hanya dimulakan pada bulan September 2006 setelah wad dibuka.