Unit Pendidikan Kesihatan merupakan sebuah unit sokongan klinikal yang beroperasi di bawah penyeliaan Timbalan Pengarah (Perubatan). Aktiviti Pendidikan Pesakit Hospital Ampang berfokus kepada promosi dan perubahan tingkah laku kesihatan yang positif ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih berkualiti. Tujuan utama penubuhan unit ini adalah untuk merancang, menyelaras, melaksana dan menilai semua aktiviti promosi kesihatan di hospital secara teratur dan berkesan melalui program - program pendidikan pesakit serta tugas-tugas lain yang lebih spesifik.
Aktiviti Pendidikan Pesakit
- Kelas Pendidikan Pesakit
- Kelas Pendidikan Diabetis
- Kelas Pendidikan Hipertensi
- Kelas Pendidikan Talasemia
- Klinik Berhenti Merokok
- Pameran Berjadual
- Penerbitan bahan pendidikan
- Penyelenggaraan Bahan-bahan Pendidikan Kesihatan (poster, pamplet, CD, video, carta selak dan sebagainya).
Aktiviti Promosi Kesihatan
- Kempen Cara Hidup Sihat
- Program Intervensi Pengurusan Berat Badan (IfitEr)
- Kempen Derma Darah
- Kempen Pendermaan Organ
- Sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan
- Penerbitan Bahan Pendidikan Kesihatan