A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek mengatasi masalah psikososial dan sosio-ekonomi agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan boleh berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah yang dihadapi.

Kerja Sosial Perubatan

Syarat – syarat Bantuan Terapi Sokongan :

  1. Pesakit warganegara
  2. Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan
  3. Pesakit bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.

Syarat – syarat  Bantuan Praktik :

  1. Bantuan praktik yang melibatkan bantuan kewangan dan penempatan institusi hanya diberi kepada pesakit warganegara Malaysia.
  2. Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi bagi mengesahkan pengenalan diri.