Unit Kejururawatan Hospital Ampang bertanggung jawab dalam memberikan perawatan kepada pesakit luar dan dalam. Unit ini menitik beratkan aspek-aspek preventif, kuratif dan rehabilitatif bagi memenuhi kehendak pelanggan. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat U42.
Objektif
Untuk memberi perawatan kejururawatan yang bersesuaian, efisien dan mencukupi secara proaktif. Mencapai keperluan pelanggan dengan penekanan ke atas keperluan fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Memberi kesempatan untuk anggota jururawat mengembangkan karier kejururawatan.
Falsafah
- Kami percaya pesakit berhak mengharapkan kakitangan kejururawatan berkelayakan melalui pembelajaran, pengalaman pembawakan diri untuk menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Kami percaya pesakit berhak mengharapkan untuk menerima rawatan kejururawatan yang diperlukan untuk mencapai tahap kesihatan yang maksima.
- Kami percaya pesakit berhak mengharapkan perancangan dibuat bersama pesakit dan keluarga supaya rawatan kejururawatan dan lain-lain rawatan berterusan sepanjang keperluannya.
- Kami percaya Bahagian Kejururawatan ialah tempat belajar bagi pelatih-pelatih kejururawatan dan bahagian-bahagian lain yang berkaitan.