A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Kawalan Infeksi

Unit Kawalan Infeksi adalah satu disiplin yang bertanggungjawab untuk mengkoordinasi semua aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi. Fokus utama adalah untuk mencegah dan mengurangkan kes-kes Health Care Associated Infection (HCAI).

Aktiviti pencegahan dan kawalan infeksi ini adalah penting di dalam memastikan  persekitaran hospital yang selamat dan sihat kepada semua pesakit dan kakitangan kesihatan hospital dengan mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Unit Kawalan Infeksi juga berfungsi di dalam mencegah penularan jangkitan organisma anti mikrobial dengan memberi sokongan dan kerjasama kepada pasukan anti mikrobial (antimicrobial stewardship) di peringkat hospital.

 OBJEKTIF - Untuk meningkatkan kualiti pencegahan dan kawalan infeksi di hospital.

kwalanInfeksi

kwalanInfeksi1

 

Kawalan Infeksi