A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Forensik


imej1Forensik

Unit Forensik adalah salah satu unit yang ditubuhkan di Hospital Ampang. Terletak di aras 1 bersebelahan dengan Jabatan Obstetrik & Gynaekologi dan berada berhampiran dengan pintu pagar D. Unit Forensik menerima mayat pertama pada 16 Ogos  2006 dan dibuka secara  rasminya pada 1 September  2006.

Perkhidmatan Forensik merangkumi bidang Perubatan Forensik dan Sains Forensik. Bidang Sains Forensik pada masa ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar manakala bidang Perubatan Forensik dikendalikan oleh pakar-pakar Patologi Forensik di bawah Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Kementerian Kesihatan Malaysia.