A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Fisioterapi

imej1fisio

Unit Fisioterapi, Jabatan Rehabilitasi, Hospital Ampang diketuai oleh Haishini Magswaran, Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dengan dibantu oleh 15 orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi serta 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini terletak bersebelahan dengan Kafetaria Hospital Ampang serta berhampiran dengan klinik pakar. Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Fisioterapi merangkumi perawatan bagi pesakit dalam dan luar yang dirujuk oleh doktor.

Diantara perkhidmatan yang ditawarkan adalah rawatan pemulihan (acute, sub-acute dan chronic), dan pendidikan pesakit. Rawatan pemulihan yang disediakan kepada pelanggan adalah seperti kes-kes yang dirujuk oleh Ortopedik, Pembedahan Am, Perubatan Am, Dermatologi, Pediatrik, Kecemasan, Hematologi, Obstetik dan Ginekologi, Bius  serta dari hospital dan klinik luar.

Fisioterapi