A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Jabatan Radiologi

DSC 3535 min

 

Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan pengimejan dengan menghasilkan imej yang berkualiti diagnostik dan menjalankan prosedur teraputik invasif,  yang berfungsi untuk mendiagnosa patologi penyakit, dengan menggunakan pelbagai kaedah. Kaedah yang digunakan  adalah dari sumber Sinar X, gelombang bunyi (ultrasound) dan gelombang tenaga magnet (MRI) .  Perkhidmatan ini diberikan kepada  pesakit luar, pesakit wad, pesakit rawatan harian, dan pesakit dari Jabatan  Kecemasan.  Selain dari itu, perkhidmatan juga diberikan kepada pesakit dari klinik kesihatan dan hospital yang berada di persekitaran Hospital Ampang.

 

Hospital Ampang dilengkapi dengan kemudahan Sistem Total Hospital Information konsep (THIS), manakala  Jabatan Radiologi, menggunakan aplikasi Hospital Information System (HIS) dan Picture Archiving and Communication Systems (PACS), Radiology Information System (RIS), Clinical Information Access (CIA) serta aplikasi yang berkaitan. Keadaan ini membolehkan Jabatan Radiologi berfungsi dalam suasana tanpa kertas dan filem.
 
Radiologi