A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

IMG 1272

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Ampang diwujudkan pada bulan Disember 2009, dengan penempatan seorang pakar perunding psikiatri, Dr. Lim Chong Hum  di Hospital Ampang. Sebelum itu, perkhidmatan psikiatri tidak disediakan oleh hospital ini walaupun hospital telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2006. 

Perkhidmatan utama yang diberi oleh jabatan ini adalah perkhidmatan psikiatri pesakit luar. Oleh kerana kekurangan sumber, klinik psikiatri menggunapakai bilik-bilik di Klinik O&G dan Klinik Pembedahan/Ortopedik pada hari-hari di mana jabatan-jabatan ini tidak menjalankan klinik sendiri.

Oleh kerana tiada peruntukan ruang, Jabatan ini tidak mempunyai wad khusus untuk pesakit psikiatri.  Sekiranya pesakit-pesakit memerlukan rawatan psikiatri dalam wad, mereka akan diberi katil di wad-wad perubatan, pembedahan atau ortopedik.  Dua buah katil dapat digunapakai oleh pesakit psikiatri pada bila-bila satu masa. Pesakit yang tidak sesuai untuk dijaga di dalam wad-wad tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Kajang atau hospital-hospital lain yang mempunyai wad khusus untuk psikiatri.  Pesakit tersebut merupakan mereka yang berkeadaan lebih serius dan mempunyai risiko tinggi mengganas ataupun mencederakan diri. 

Bermula Januari  2016  jabatan diketuai oleh seorang pakar psikiatri iaitu Dr. Khamisah Binti Alias setelah pakar perunding psikiatri bersara.  Anggota lain terdiri daripada seorang pakar psikiatri iaitu Dr. Melisa Binti Abdul Aziz , sembilan  orang pegawai perubatan, tiga orang penolong pegawai perubatan, tiga orang jururawat terlatih dan dua orang pembantu perawatan kesihatan.

 

IMG 1273

IMG 1274

Psy