Perkhidmatan Hematologi bermula pada tahun 1986 di bawah selian mendiang Dr.Visalachy Purushothaman di Hospital Kuala Lumpur. Padatahun 2002, tertubuhnya Jabatan Hematologi yang terdiri daripada perkhidmatan klinikal dan makmal.Selaras dengan tuntutan keperluan perkhidmatan semasa, Jabatan Hematologi telah berpindah ke Hospital Ampang sejak 2006.
JabatanHematologi Hospital Ampang merupakan Pusat Rujukan Hematologi Kebangsaan di Malaysia .Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi khidmat perawatanklinikal, transplantasi sum-sum tulang dan makmal haematologi. Penyakit yang dirawat merangkumi:
- Leukemia
- Limfoma
- Myeloma
- Talasemia
- Hemofilia
- Penyakit Darah bukan kanser
- Penyakit berkaitan pembekuan darah
- Lain-lain penyakit jarang-jarang yang berkaitan dengan darah seperti paroxusmal nocturnal hemoglobinuria
Makmal Rujukkan Klinikal Hematologi menyediakan perkhidmatan ujian makmal diagnostik bagi pelbagai penyakit Hematologi; termasuk sesetengah ujian genetik, molekular dan hemostasis yang hanya ditawarkan di makmal ini di seluruh Malaysia.
Jabatan Hematologi juga merupakan salah satu pusat penyelidikan klinikal untuk penyakit-penyakit berkaitan darah dan pusat latihan untuk sub kepakaran Hematologi, program sarjana patologi / transfusion/ post basic dan perubatan dalaman.
Buku rujukan Makmal Rujukan Klinikal Hematologi, KLIK DI SINI.
Special Haematology Requisition Form Hospital Ampang, KLIK DI SINI.