A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Jabatan Dermatologi

IMG 1257

Jabatan Dermatologi Hospital Ampang beroperasi pada 3.06.2006. dengan 1 Penolong Pegawai Perubatan, Hospital Ampang, dan 1 Pakar Dermatologi dari Jabatan Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur.Pada masa itu Klinik telah di jalankan pada Hari Selasa sahaja. Kemudian perkhidmatan Dermatologi telah meningkat dari tahun 2008.

Klinik Pakar Dermatologi Hospital Ampang terletak di aras dua bersebelahan dengan Klinik Haematologi dan Perubatan. Bilik Prosedur ditempatkan di Aras dua bersebelahan Klinik Dermatologi.

Pelbagai jenis perkhidmatan dan prosedur dijalankan di pusat ini termasuk biopsi kulit, kautery, cryoterapi, dan sebagainya. Rawatan Fototerapi dijalankan Bilik Fototerapi di aras 3.


Perkhidmatan Yang Disediakan

1.   Memberi perkhidmatan perawatan kepada pesakit kulit di Klinik Pakar Dermatologi.

2.   Menerima rujukan dari semua wad , klinik, Jabatan Kecemasan di Hospital Ampang

3.   Menerima rujukan dari Jabatan Kulit, Hospital Kuala Lumpur, Hospital lain,Klinik Kesihatan,  Klinik Swasta.

4.   Memberi rawatan susulan kepada pesakit Kulit

5.   Memberi Kaunseling/ Pendidikan kesihatan kulit kepada pesakit dan keluarga nya.

6.   Menjalankan Prosedur dermatologi.

7.   Menjalankan prosedur Patch Test  tiga kali se minggu.

8.   Menjalankan Rawatan Fototerapi bagi pesakit Kulit di bilik fototerapi. 

Prosedur Dermatologi  yang dijalankan adalah:

1.   Paring - corns, calluses                                 

2.   Paring and Cryotherapy 

3.   Podophyllin application to genital warts

4.   Trichloroacetic acid application to xanthelesma

5.   Intralesional Triamcilolone acetonide injection for keloids etc

6.   Phenol prick for molluscum contagiosum

7.   Skin biopsy

8.   Suture removal if necessary

9.   Fototerapi ( PUVA , UVB )  dua kali se minggu

10. Electrocautery

11. Wet Wraps

12. Skin scraping for fungal culture

13. Woods Lamp examination

14. Patch Test