A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Pendermaan Tisu di Hospital Ampang

391627704 706884441474857 537905825661907650 n

 

Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) ingin memaklumkan terdapat satu kes pendermaan tisu kadaverik telah berjaya dilaksanakan di Hospital Ampang, Selangor pada hari ini iaitu 16 Oktober 2023.

Ia melibatkan seorang penderma tisu yang telah disahkan kematian jantung terhenti. Keluarga mendiang telah bersetuju memberikan kebenaran untuk pendermaan injap jantung dan kornea mata.

Perolehan tisu berkenaan telah dilaksanakan oleh pasukan transplan dari Institut Jantung Negara dan Jabatan Oftalmologi, Hospital Ampang.

NTRC merakam ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberi kebenaran untuk menjalankan pendermaan tisu berkenaan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pasukan Perolehan Organ dan Tisu (TOP) Hospital Ampang dan Pasukan Koordinator Atas Panggilan NTRC kerana menguruskan kes pendermaan berkenaan dengan lancar.