MAKLUMAN KEBENARAN PELAWAT MELAWAT PESAKIT DI WAD 4C, 4D DAN 8A JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI, HOSPITAL AMPANG
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Untuk makluman pihak tuan, Jabatan O&G telah memberi kebenaran kepada Pelawat untuk melawat pesakit di wad 4C, 4D dan 8A merujuk kepada Polisi Lawatan untuk Penjaga dan Pelawat di Hospital KKM semasa Fasa Peralihan ke Endemik Covid 19 melalui Kenyataan Media pada 21 April 2022.
Oleh itu, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi membenarkan 2 (Dua) pelawat bagi satu pesakit dalam satu masa Ketika waktu melawat yang telah ditetapkan oleh Pihak Hospital bagi wad 4C, 4D dan 8A bagi pesakit non-covid. Bagi Pesakit Covid 19 (PELAWAT TIDAK DIBENARKAN MELAWAT).
Kerjasama dan perhatian Pihak Tuan dalam perkara di atas adalah amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian Terima Kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DR. CAROL LIM KAR KOONG
Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Hospital Ampang