A- A A+
A A A A

Soalan LazimMaklumbalasPeta Lamanhubungi

Unit Medicolegal

Unit Medikolegal dan Etika Perubatan terlibat secara langsung di dalam pengurusan aduan di Hospital Ampang. Di Hospital Ampang, semua aduan akan disalurkan ke Unit Perhubungan Awam dan
semua aduan yang melibatkan kecuaian klinikal akan di tugaskan ke Unit Medikolegal dan Etika Perubatan (MEP). Tujuan utama unit ini diwujudkan adalah untuk memberikan khidmat nasihat, menerima dan menyiasat aduan yang melibatkan kecuaian klinikal, menyelaras dan menguruskan siasatan aduan, menganalisa dan menyalurkan hasil siasatan ke pengurusan tertinggi untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum tahun 2016 pengurusan kes kecuaian klinikal hanya melibatkan jabatan terlibat dengan Pengarah Hospital sahaja. Namun, di sebabkan peningkatan kes aduan dan selaras dengan arahan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, satu Unit Medikolegal telah diwujudkan bermula tahun 2017. Di awal penubuhan, unit ini menumpukan perhatian dalam pengurusan kes kecuaian klinikal. Namun, bermula tahun 2020, unit ini juga melebarkan sayap untuk memberikan khidmat nasihat melibatkan etika perubatan melalui kerjasama dengan perkhidmatan Sokongan Etika Hospital Ampang (SEHA) atau lebih dikenali sebagai Hospital Ethics Support Services (HESS).

Tujuan utama kerjasama dengan unit HESS adalah untuk mengelakkan atau mengurangkan aduanaduan kecuaian klinikal. Kami percaya dengan mendedahkan kakitangan perawatan kepada etika dan undang-undang perubatan, ini dapat menjadikan mereka lebih beretika dan lebih patuh kepada garis panduan yang ditetapkan. Maka secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan kecuaian klinikal sekaligus mengurangkan kes aduan. Kami berharap dapat menjadi pusat rujukan kakitangan kesihatan, bukan sahaja dari Hospital Ampang malah seluruh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk khidmat nasihat, bantuan dan sokongan dalam mengendalikan kes-kes melibatkan dilema etika perubatan. Disamping itu, kami berhasrat menjadi menjadi tempat rujukan pengurusan kes-kes aduan kompleks and kes saman melibatkan kecuaian perubatan kakitangan Hospital Ampang.

 Medikolegal