1.0 PENGENALAN LEAN HTAR
Bagi meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pesakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan pelbagai aktiviti penambahbaikan kualiti semenjak tahun 1985.
Ke arah menuju “patient-centered care” di mana KKM memerlukan sumber dari aspek tenaga kerja, kewangan, infrastruktur dan lain-lain, dan ini menjadi satu cabaran kepada KKM untuk mencapai matlamat tersebut. Menyedari cabaran ini, KKM perlu mencari alternatif untuk memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat dengan kaedah yang lebih efektif dan efisien.
Oleh itu, program LEAN Healthcare telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 2013 sebagai sebahagian daripada inisiatif Public Service Delivery Transformation (PSDT). Inisiatif LEAN Healthcare ini adalah bertujuan untuk menambahbaik tahap effisien, efektif dan mengurangkan pembaziran yang berlaku di fasiliti/ perkhidmatan kesihatan.
Bermula pada tahun 2014, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang telah dipilih sebagai salah satu hospital rintis untuk melaksanakan program LEAN ini dengan mensasarkan kepada Jabatan Perubatan dan Jabatan Kecemasan dan Trauma. Program ini telah memberikan impak positif kepada kedua-dua jabatan ini dengan penambahbaikan yang dilaksanakan. Program LEAN ini kemudian telah dikembangkan kepada semua jabatan dan unit lain di HTAR, Klang
2.0 AKTIVITI LEAN HTAR
Aktiviti
|
Tarikh
|
1. Tahniah kepada pasukan-pasukan HTAR yang telah berjaya mendapat tempat
kedua dan ketiga bagi kategori poster di 1st National Lean Healthcare Conference
Pautan: |
25-27 September 2018
|
2. Lawatan “Gemba Walk to HTAR, showcasing initial HTAR LEAN Initiatives” oleh
Dato’ Dr. Hj. Azman Bin Hj Abu Bakar
Deputy Director General of Health (Medical) Pautan: |
14 Mac 2019
|
3. Lawatan LEAN Penyelaras Klinik Pakar ke Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang
Pautan: |
3 Mei 2019
|
4. Sesi ceramah interaktif LEAN Kluster:
“CONNECTING INDIVIDUALS AND LEVERAGING ON PEOPLE’S TALENT TO CREATE A WINNING HEALTHCARE TEAM”
Pautan: |
28 Jun 2019
|
5. Sesi ceramah interaktif LEAN Kluster:
“KOMUNIKASI CEMERLANG DENGAN MASYARAKAT UNTUK MENCERITAKAN PENAMBAHBAIKAN LEAN DI HOSPITAL MELALUI PELBAGAI SALURAN MEDIA.
TIPS UNTUK BERJAYA”
Pautan: |
9 Ogos 2019
|
6. Lawatan LEAN oleh Pengarah Perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia ke HTAR
Pautan: |
10 Oktober 2019
|
7. Lawatan oleh YB Menteri Kesihatan dan perasmian Bilik Brainstorming HTAR
Pautan: |
13 November 2019
|
8. Sesi ceramah interaktif LEAN Kluster:
“EXPERIENCE SHARING OF A LEAN TRAINER / PRACTITIONER IN MALAYSIA. TIPS FOR CULTURAL CHANGE AND SUSTAINABILITY”
Pautan: |
24 Julai 2020
|
9. Sesi ceramah interaktif LEAN Kluster:
“LEAN ORGANISATIONS IN MALAYSIA: THE MPC EXPERIENCES” Pautan: |
14 Ogos 2020
|
10. Perjumpaan kali pertama bersama ahli Pasukan Penambahbaikan Kualiti Multi-disiplinari:
a. Stream Pesakit Elektif
b. Stream Sokongan Klinikal
c. Stream Warga Kerja
d. Stream Pesakit Akut
e. Stream Pejabat
Pautan:
|
17 Ogos 2020
18 Ogos 2020
25 Ogos 2020
3 September 2020
|
11. Majlis Penarafan Kaizen Guides HTAR seramai 108 kakitangan yang
disempurnakan oleh Pengarah HTAR dan sesi Ikrar sebagai Kaizen Guides
Pautan: |
25 September 2020
|
12. Majlis Ringkas Pelancaran Dasar HTAR Sebagai Organisasi Yang Mengamalkan
Lean dan Tayangan Perdana 5 Klip Video Just-In-Time Mengenai Lean yang
dilangsungkan pada 2hb November 2020 di HTAR.
Majlis ringkas dan terhad ini telah dihadiri oleh YBrs Pengarah HTAR Datin Paduka Dr Hasni binti Hanapi, Timbalan-timbalan Pengarah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Lean HTAR, Ketua
Unit Pengurusan Kualiti dan beberapa wakil-wakil dari Kaizen Guides HTAR.
Dasar Lean HTAR merangkumkan hasrat organisasi ini untuk:
Penyampaian nilai (value)
Pengurangan pembaziran
Penggunaan kapasiti dan sumber dengan optima
Pautan: a. Dasar Lean
b. Video Klip Dasar Lean HTAR
c. Video Klip Peranan Kaizen Guides |
2 November 2020
|
13. Pertandingan Papan Notis Kepastian / Penambahbaikan Kualiti Antara Jabatan
/ Unit HTAR telah diadakan pada 2 November 2020 di mana sejumlah besar
jabatan/ wad/ klinik/ telah menyertai pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang! Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para kakitangan HTAR untuk sentiasa menghasilkan
idea-idea yang bernas bagi memastikan HTAR terus cemerlang dan gemilang.
Pautan: https://www.facebook.com/339637182765181/posts/3665604116835121/ |
16 Disember 2020
|
14. Tahniah kepada pasukan-pasukan HTAR yang telah berjaya merangkul Tempat Pertama
di Karnival Inovasi Peringtkat JKNS tahun 2020
a. Kategori Clinical Audit diwakili oleh Jabatan Farmasi b. Kategori Inovasi diwakili oleh pasukan Multidisciplinary Short Stay Unit (MDSU).
Satu projek bertemakan LEAN
|
17 Disember 2020
|
3.0 DOKUMEN SIRI WEBINAR HTAR
TAJUK
|
PAUTAN
|
|
Webinar: 16 February 2023 |
|
|
Webinar: Bed Management Unit Optimal Resource Utilisation and Coordination in A High Volume Setting 23 February 2023 |
https://drive.google.com/drive/folders/1KdXPFRdos8Nn6ng0RiaEgb96vtZMPgaD?usp=sharing | |
Webinar: Bedwatcher System HTAR Engineering Digital Succes from Bottom Up 28 February 2023 |
https://drive.google.com/drive/folders/1DErBkCbBpuoq9vOZlmIxTVTanWbfGBrj?usp=sharing | |
Webinar: 9 Mac 2023 |
https://drive.google.com/drive/folders/1F2Vgetac4h_pNXCMmNYA6Z3oRd8xAFDQ?usp=sharing | |
Webinar: Akan dikemaskini |
Akan dikemaskini |