Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kesihatan awam.
MISI
Memastikan setiap pelanggan menerima perkhidmatan kesihatan secara professional dan berkualiti.
VISI
Ke arah penguatkuasaan yang efisyen dan efektif.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan penguatkuasaan di bawah Undang-Undang Kesihatan Awam.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Menyelaras dan menjalankan aktiviti penguatkuasaan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004(PPKHT 2004), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975), Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (APPPB 1988), AKta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di hospital.
WAKTU BEROPERASI
Isnin-Jumaat
08.30 pagi – 05.30 petang