

Unit Sajian ditubuhkan pada tahun 2000. Unit ini beroperasi mulai jam 6.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Seramai 18 orang pegawai yang bertanggungjawab keatas perkhidmatan makanan kepada pesakit dan pengiring pesakit dan doktor atas panggilan dengan 6 sajian sehari iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam, dan minum malam.
Diet piawai hospital yang disajikan kepada pesakit merangkumi Diet Normal dan Diet Teraputik. Perancangan bagi menu pesakit diet normal adalah berpandukan prinsip-prinsip makanan seimbang dan penyediaan makanan cara hidup sihat.
Kesemua hidangan makanan disediakan oleh Pembantu Penyediaan Makanan yang mana penyediaan makanan dan minuman disediakan secara pukal dan tray pensendirian bagi diet teraputik, Pembantu Perawatan Kesihatan akan mengagihkan makanan di pantri wad berdasarkan Borang pesanan diet dan pengagihan diet harian.
Perkidmatan Dietetik bermula pada Jan 2014 dimana memberi perkhidmatan medical nutrition therapy kepada pesakit orang asli amnya. Dan secara rasminya nama Unit Sajian ditukar kepada Unit Dietetik dan Sajian pada 2015.
MISI
Unit menyediakan perkhidmatan makanan dan rawatan pemakanan klinikal yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan dan sikap penyayang.
VISI
Unit Dietetik dan Sajian akan wujud sebagai pusat rujukan yang cemerlang dalam setiap aspek penghidangan makanan dan penjagaan taraf kesihatan pemakanan untuk semua pesakit Orang Asli dan masyarakat Orang Asli.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
PERKHIDMATAN DIETETIK
- Memastikan kes pesakit dalam yang dirujuk dilihat dalam tempoh 24 jam bagi kes Urgent dan 48 jam bagi kes tidak Urgent.
- Memastikan kes pesakit luar yang dirujuk dilihat pada hari klinik tersebut atau mengikut tarikh temujanji yang telah ditetapkan.
|
PERKHIDMATAN SAJIAN 1. Memastikan makanan dihidangkan mematuhi jadual masa seperti berikut:-
2. Memastikan penghidangan makanan yang berkhasiat, bersih dan bersesuaian dengan tahap kesihatan pesakit mengikut garis panduan Manual Diet Hospital 2006.
3. Memastikan ketepatan hidangan makanan teraputik disediakan mengikut pesanan diet pesakit melebihi 90%.
4. Menyediakan makanan doktor yang bertugas atas panggilan dan pengiring pesakit setiap hari.
5. Membekalkan catuan malam kepada anggota hospital bertugas malam yang berkelayakan sebelum 7hb setiap bulan.
6. Peratusan pesakit dewasa yang berpuashati terhadap kualiti makanan yang dihidangkan di hospital melebihi 80% memuaskan.
7. Kehadiran pencemaran fizikal dalam makanan yang dihidangkan kepada pesakit tidak melebihi 1%.
NO. PERHUBUNGAN
|