

Unit X-Ray Hospital Orang Asli Gombak menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostic yang cekap, efektif, bernilai diagnosa tinggi, serta menitikberatkan perlindungan radiasi kepada pesakit-pesakit yang memerlukan. Unit ini menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik untuk mendiagnosa, menilai dan mengesan penyakit pada peringkat awal serta membuat perancangan bagi mendapatkan perkhidmatan laporan radiologi daripada Pakar Radiologi di hospital rujukan.
Kerjasama dengan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Selayang sebagai Ibu angkat juga membantu meningkatkan mutu perkhidmatan unit ini, dengan memberikan perkhidmatan laporan imej x-ray dari pakar radiologi hospital tersebut.
Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menyediakan perkhidmatan 24 jam sehari dan memberi rawatan yang efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih dan dengan kaedah pemantauan berterusan juga dalam keadaan sekitaran yang kondusif yang bersesuaian dan mengikuti piawaian standard Kebangsaan dan Antarabangsa, berlandaskan polisi, standard proses kerja dan garis panduan unit x-ray.
Misi
Semua anggota unit ini akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat unit dengan mementingkan kualiti kerja dan menjalankan tugas dengan selamat serta mengurangkan risiko radiasi kepada kesihatan.
Visi
Unit X-Ray komited dalam Pengendalian Radiografi Am untuk menghasilkan Radiograf yang berkualiti tinggi dan mementingkan Perlindungan Radiasi demi menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan dalam pekerjaan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Pengendalian Pemeriksaan Radiografi Am
- Pemohonan Laporan Pakar Radiologi
- Pemantauan Radiograf yang ditolak
- Pengendalian Rekod Radiograf
- Pemantauan Dos Radiasi Kakitangan
Kemudahan Yang Disediakan
|
UNIT |
KEMUDAHAN |
PERALATAN |
|
Unit X-Ray |
|
|
Waktu Operasi
|
HARI |
8.00PG – 5.00PTG |
5.00PTG – 7.00PTG |
SELEPAS 7.00PTG |
|
Isnin - Jumaat |
Waktu pejabat |
Seorang Juru X-Ray akan berada di Unit X-Ray selepas waktu pejabat |
Juru X-Ray yang bertugas akan hadir apabila dimaklumkan (on-call) |
|
Waktu Rehat |
Isnin - Khamis 1pm – 2pm |
Jumaat 12.15pm – 2.45pm |
|
HARI |
8.00PG – 5.00PTG |
SELEPAS 12.00TGH HARI
|
|
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am |
Seorang Juru X-Ray akan berada di Unit X-Ray |
Juru X-Ray yang bertugas akan hadir apabila dimaklumkan (on-call) |
No. Perhubungan
| Talian Utama | : 03-6189 2122 ext 628 |
| Faks | : 03-6189 0695 |
| Lokasi | : Bagunan X-Ray, HOAG |