Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) adalah penjenamaan semula unit setelah hospital ini diambil alih secara rasmi pengurusannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) pada 1.1.2012. Semasa di bawah pengurusan JAKOA dari tahun 1953/54 hingga tahun 31.12.2011, hospital ini dikenali sebagai Hospital Jabatan Kemajuan Orang Asli dan unit ini sabagai Unit Kebajikan.
Unit ini menyediakan 2 perkhidmatan utama. Pertama, pengurusan kebajikan pesakit Orang Asli serta pengiring yang mendapatkan rawatan perubatan di klinik atau masuk wad di HOAG atau yang dirujuk ke mana-mana hospital kerajaan khususnya di sekitar Lembah Kelang. Kedua, pengurusan transit bagi menempatkan sementara pesakit Orang Asli serta pengiring yang datang dari negeri-negeri lain untuk mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana hospital di Lembah Kelang.
Kerjasama erat dan bersepadu dengan hospital-hospital yang terlibat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JAKOA dan lain-lain dapat meningkatkan mutu perkhidmatan unit ini dan dapat mengelak dari berlaku pelanggaran undang-undang seperti AKTA 134, Akta Orang Asli 1954 berhubung dengan takrif Orang Asli, Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan sebagainya.
Misi
Meningkatkan kefahaman serta keyakinan masyarakat Orang Asli terhadap perubatan moden melalui pendekatan dan penyampaian yang berkesan supaya kualiti hidup masyarakat Orang Asli setara dengan masyarakat lain.
Visi
Menjadikan Unit Kerja Sosial Perubatan sebuah unit yang menyediakan khidmat yang cemerlang dan berkesan bagi memenuhi keperluan dan harapan masyarakat Orang Asli.
Pengurusan Kebajikan
- Temujanji rawatan pesakit
- Kebajikan pesakit dan pengiring
- Hantar balik pesakit dan pengiring discaj
- Bantuan perubatan (ubat, alat bantuan peralatan dll)
- Daftar kelahiran
- Urusan jenazah / mayat
- Ambil baki ubat untuk pesakit
- Daftar OKU
Pengurusan Transit
- Menyediakan tempat tinggal sementara kepada pesakit dan pengiring
- Menyediakan sajian makanan kepada pesakit dan pengiring (catuan malam)
- Membekalkan alat-alatan kebersihan dan juga keperluan diri
Kemudahan
|
LOKASI UNIT |
KEMUDAHAN |
PERALATAN |
|
Pengurusan Kebajikan |
Pejabat |
Peralatan pejabat |
|
Pengurusan Transit |
Bilik penginapan |
16 bilik (twin sharing) |
|
32 katil (single) |
||
|
Ruang menonton |
1 set televisyen + Astro |
|
|
Kerusi |
Waktu Operasi
|
HARI |
WAKTU OPERASI |
|||
|
8.00pg – 1.00tgh |
2.00ptg – 5.00 ptg |
8.00pg – 12.15tgh |
2.45ptg – 5.00 ptg |
|
|
ISNIN |
Peng. Kebajikan |
Peng. Kebajikan |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
|
SELASA |
Peng. Kebajikan |
Peng. Kebajikan |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
|
RABU |
Peng. Kebajikan |
Peng. Kebajikan |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
|
KHAMIS |
Peng. Kebajikan |
Peng. Kebajikan |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
|
JUMAAT |
- |
- |
Peng. Kebajikan |
Peng. Kebajikan |
|
- |
- |
Peng. Transit |
Peng. Transit |
|
|
SABTU |
- |
- |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
|
AHAD |
- |
- |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
|
KELEPASAN AM |
- |
- |
- |
- |
|
Peng. Transit |
Peng. Transit |
- |
- |
|
No Perhubungan
| Talian Utama | : 03-6189 2122 ext. 430 |
| Faks | : 03-6189 0695 |
| Lokasi | : Tingkat 1, Pusat Transit, HOAG |