Unit Sekretariat Kualiti telah beroperasi pada tahun 2012.

Unit ini dinaungi oleh Pengarah Hospital, diketuai oleh seorang Setiausaha Jawatankuasa  Kualiti (Pegawai Perubatan UD52) serta dibantu oleh dua orang Ahli Jawatankuasa Kualiti (Jururawat Terlatih U29).

Unit ini bertindak merancang, menyelaras, memantau dan menilai perlaksanaan aktiviti pengurusan kualiti Hospital Orang Asli Gombak seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Misi dan Visi HOAG digunakan sebagai panduan perlaksanaan aktiviti.

  • Meningkatkan taraf kesihatan individu, keluarga dan masyarakat orang Asli melalui pengamalan sistem rawatan kesihatan kesihatan yang moden di samping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan kualiti hidup sama dengan masyarakat lain.
  • Melaksanakan program kesihatan untuk masyarakat Orang Asli selaras dengan peranan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia.

VISI

Hospital Orang Asli Gombak akan menjadi sebuah hospital yang memiliki perkhidmatan kesihatan terbaik, menyeluruh dan berkesan supaya tahap kesihatan masyarakat Orang Asli sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Melibat, menyelaras dan memantau aktiviti pengurusan kualiti melalui Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) dan Key Performance Index (KPI).
  • Memastikan semua kes Incident Reporting dilaporkan dan disiasat.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti kualiti seperti terkandung di dalam Piagam Pelanggan Sekreteriat Kualiti.
  • Menilai tahap perkhidmatan hospital melalui maklumbalas yang diberikan dalam Kajian Kepuasan Pelanggan.

WAKTU BEROPERASI

Isnin-Jumaat

08.00 pagi – 05.00 petang