Unit Kawalan Infeksi

Mula ditubuhkan pada 6 September 2012. Dikendalikan oleh seorang seorang Jururawat Terlatih U29 yang bertugas sepenuh masa dan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasa unit kawalan infeksi yang terdiri daripada Pengarah sebagai penaung, Pegawai Perubatan sebagai penasihat, Ketua Jururawat dan link nurse yang mewakili bagi setiap unit yang telah dikenal pasti. Program Kawalan Infeksi yang aktif dan berterusan adalah sangat penting bagi mengurangkan kadar jangkitan nosokomial serta dapat mengurangkan kos hospital.

Misi

Memastikan individu sentiasa mengamalkan amalan kawalan infeksi agar kakitangan dan pesakit berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat.

Visi

Memberi perkhidmatan yang berkualiti disamping mewujudkan persekitaran hospital yang selamat dan bebas dari jangkitan nosokomial.

Perkhidmatan

  • Menjalankan kajian-kajian surveillan seperti  yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
  • Memastikan setiap anggota hospital mengikut garis panduan kawalan infeksi berdasarkan Policies And Procedure On Infection Control Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas dengan mematuhi amalan standard precaution bagi mencegah jangkitan nosokomial dan untuk keselamatan diri.
  • Menjalankan environmental dan outbreak surveillance bila perlu.
  • Mengadakan kursus/program pembelajaran berterusan kepada anggota hospital berkaitan kawalan infeksi.
  • Membantu dalam program kesihatan pekerja seperti pemberian imunisasi.

No Perhubungan

Talian Utama : 03-6189 2122 ext 628
Faks  : 03-6189 0695 
Lokasi  : Tingkat Bawah, Bangunan Hospital, HOAG