DSC_0146.jpgDSC_0147.jpg

 

Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Orang Asli Gombak yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Kemudian bertukar penamaan kepada Hospital Kemajuan Orang Asli. Bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan hospital, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil alih hospital ini yang dinamakan sebagai Hospital Orang Asli Gombak di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

MISI

Memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan menepati kehendak pelanggan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

VISI

Ke arah menjadikan Unit Rekod Perubatan Hospital Orang Asli Gombak sebagai pusat maklumat dan dokumentasi yang lengkap dan berkualiti serta mengikut peredaran masa dan dikendalikan oleh anggota Rekod Perubatan yang terlatih.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Pengurusan rekod perubatan.
  • Pengurusan statistik pesakit.
  • Pengurusan Laporan Perubatan.
  • Mencetak borang-borang keperluan hospital.

WAKTU BEROPERASI

Isnin-Jumaat

08.00 pagi – 05.00 petang